Connect with us

Terkini

Mualaf Nagahswaran, Bapa kepada anak kes penukaran agama meninggal dunia

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bapa kepada tiga beradik, Allahyarham Muhammad Nagahswaran Muniandy
  • Bapa kepada tiga beradik, Muhammad Nagahswaran Muniandy, yang sebelum ini terpalit dalam konflik dengan bekas isterinya, Loh Siew Hong berhubung penukaran agama tiga anak mereka kepada Islam secara unilateral dilaporkan telah meninggal dunia pada petang semalam.
  • Perkara itu disahkan oleh adik Nagahswaran.
  • Pengasas Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung menerusi hantaran di Facebook menyatakan bapa tiga anak itu merupakan bekas kakitangan beliau yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri.

KUALA LUMPUR — Bapa kepada tiga beradik, Muhammad Nagahswaran Muniandy, yang sebelum ini terpalit dalam konflik dengan bekas isterinya, Loh Siew Hong berhubung penukaran agama tiga anak mereka kepada Islam secara unilateral dilaporkan telah meninggal dunia pada petang semalam.

Perkara itu disahkan oleh adik Nagahswaran.

Untuk rekod,  Mahkamah Rayuan pada 10 Januari 2024 dilapor memutuskan pengislaman tiga kanak-kanak yang dibuat secara unilateral (sebelah pihak) oleh bapa mereka tanpa kebenaran bekas isterinya tidak sah dan terbatal.

Mahkamah memutuskan demikian berhubung rayuan Loh Siew Hong terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei 2023 yang mengekalkan status Islam tiga anak mereka yang ditukar agama oleh bekas suaminya Muhammad Nagahswaran tanpa persetujuannya pada 2020.

Susulan itu, agama tiga kanak-kanak tersebut yang mana bagi pasangan kembar yang ketika itu berusia 16 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun kekal sebagai Hindu.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Firdaus Wong.

Sementara itu, pengkhabaran berkenaan pemergian Allahyarham Muhammad Nagahswaran turut dikongsikan Pengasas Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung menerusi hantaran di Facebook yang menyatakan bahawa bapa tiga anak itu merupakan bekas kakitangan beliau yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri.

Menurut pendakwah itu, beliau difahamkan bedah siasat akan dijalankan ke atas jenazah Allahyarham Muhammad Nagahswaran bagi mengenal pasti punca kematian.

“Walaupun terpaksa berpisah dengan tiga anaknya, beliau tetap tabah menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim dan menyimpan harapan agar suatu hari, ketiga-tiga anaknya itu akan kembali memeluk Islam.

“Sahabat semua, kirimkanlah doa buatnya. Saya bersaksi dia adalah seorang muallaf dan Muslim yang baik,” katanya. — The Merdeka Times

 

 

Author