Connect with us

Antarabangsa

Pelancong ‘high’ ganja hempas bayi di lapangan terbang Rusia

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Seorang bayi lelaki berusia 18 bulan kini berada dalam keadaan koma dan bertarung nyawa selepas diserang secara kejam oleh seorang pelancong di sebuah lapangan terbang di Rusia.
  • Vladimir Vitkov, 31 tahun, berasal dari Belarus, dilihat memerhati sekeliling sebelum secara tiba-tiba mengangkat kanak-kanak terbabit dan menghempasnya ke lantai dengan penuh kekerasan.
  • Siasatan mendapati terdapat kesan ganja dalam darah suspek dan dia gagal memberikan penjelasan munasabah mengenai tindakannya.

 

MOSCOW – Seorang bayi lelaki berusia 18 bulan kini berada dalam keadaan koma dan bertarung nyawa selepas diserang secara kejam oleh seorang pelancong di sebuah lapangan terbang di Rusia.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang mengejutkan menunjukkan suspek yang dikenali sebagai Vladimir Vitkov, 31 tahun, berasal dari Belarus, dilihat memerhati sekeliling sebelum secara tiba-tiba mengangkat kanak-kanak terbabit dan menghempasnya ke lantai dengan penuh kekerasan.

Ketika kejadian, ibu mangsa yang sedang hamil dipercayai hanya meninggalkan anaknya seketika untuk mengambil kereta sorong bayi mereka selepas ketibaan penerbangan.

Seorang saksi kejadian segera meluru untuk menyelamatkan bayi tersebut yang mengalami kecederaan parah.

Difahamkan, ibu dan anak itu baru tiba di Rusia selepas melarikan diri dari Iran susulan konflik berterusan di negara tersebut. Mereka dipercayai melalui laluan yang berbahaya melalui Afghanistan sebelum sampai ke Rusia.

Pihak berkuasa Rusia kini menyiasat kemungkinan motif perkauman dalam serangan tersebut.

Menurut laporan, Vitkov yang baru tiba ke Rusia dari Cyprus atau Mesir, ditahan sejurus selepas kejadian dan dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

Siasatan mendapati terdapat kesan ganja dalam darah suspek dan dia gagal memberikan penjelasan munasabah mengenai tindakannya.

“Saya pernah buat kesilapan sebegini,” itu jawapan tertuduh saat ditanya pihak polis mengenai rekod jenayah lampau.

Lebih mengejutkan, Vitkov turut mempunyai seorang anak perempuan yang sebaya dengan mangsa, dan rakan wanitanya dilaporkan mengalami kejutan selepas mengetahui insiden itu.

Pihak Jawatankuasa Siasatan Rusia kini menjalankan siasatan terhadap suspek atas kesalahan cubaan membunuh.

Bayi malang itu kini dirawat di hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal. -The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author