Connect with us

Antarabangsa

Pencabulan gencatan senjata, Netanyahu yang patut dikenakan tekanan, bukannya Hamas!

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

  • Penasihat media kepada Ketua Biro Politik Hamas, Taher al-Nono menegaskan bahawa tidak perlu ada perjanjian baharu apabila sudah ada perjanjian yang ditandatangani.
  • “Kita pun dah ada resolusi Majlis Keselamatan PBB. Kami telah memberi maklum balas positif terhadap semua usaha yang dilakukan ke atas kami. Netanyahu yang menarik diri daripada perjanjian itu. Netanyahu yang mengabaikannya.”
  • Taher berkata Hamas sedang berkomunikasi dengan pihak perantara dan pemain antarabangsa untuk menghentikan serangan Israel di Gaza.

Gaza — Israel yang patut dikenakan tekanan untuk mematuhi gencatan senjata, kerana mereka yang melanggar perjanjian itu, bukannya Hamas.

Penasihat media kepada Ketua Biro Politik Hamas, Taher al-Nono juga menegaskan bahawa tidak perlu ada perjanjian baharu apabila sudah ada perjanjian yang ditandatangani.

“Mengapa kita perlu kemukakan cadangan baharu sedangkan sudah ada perjanjian yang ditandatangani dengan pihak antarabangsa sebagai penjaminnya?”

“Kita pun dah ada resolusi Majlis Keselamatan PBB. Kami telah memberi maklum balas positif terhadap semua usaha yang dilakukan ke atas kami. Netanyahu yang menarik diri daripada perjanjian itu. Netanyahu yang mengabaikannya.

“Oleh itu, Netanyahu, bukan Hamas atau pergerakan lain yang sepatutnya dikenakan tekanan untuk mematuhi perjanjian,” katanya kepada AlJazeera.

Taher berkata Hamas sedang berkomunikasi dengan pihak perantara dan pemain antarabangsa untuk menghentikan serangan Israel di Gaza.

Kenyataan Hamas itu dibuat selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Selasa berkata beliau mengarahkan serangan kerana mendakwa Hamas telah menolak cadangan untuk melanjutkan gencatan senjata di Gaza.

Dalam satu kenyataan berasingan, wakil Hamas berkata pihaknya menganggap serangan terbaru Israel sebagai pembatalan satu pihak terhadap perjanjian gencatan senjata.

“Netanyahu dan kerajaan ekstremisnya sedang membuat keputusan untuk membatalkan perjanjian gencatan senjata, mendedahkan tahanan di Gaza kepada nasib yang tidak menentu,” katanya.

Hamas menyeru rakyat di negara-negara Arab dan Islam, serta “orang-orang merdeka di dunia”, untuk turun ke jalan bagi membantah serangan tersebut. – The Merdeka Times

Author