Connect with us

Antarabangsa

Lebih 1,000 terbunuh dalam dua hari pertempuran yang dimulakan penyokong Assad

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Empat anggota pasukan keselamatan Syria terbunuh.
  • Pertempuran bermula pada hari Khamis selepas pejuang setia kepada rejim Assad yang digulingkan menyerang hendap pasukan keselamatan di Jableh, dalam wilayah pantai Latakia.
  • Lebih 1,000 orang termasuk 745 orang awam terbunuh.
  • Presiden Peralihan Syria, Ahmad al-Sharaa bagaimanapun berkata perkembangan yang berlaku ini adalah sebahagian daripada “cabaran yang dijangka” dan beliau menyeru perpaduan nasional.

SYRIA – Lebih 1,000 orang termasuk 745 orang awam, terbunuh dalam pertempuran selama dua hari antara pasukan keselamatan Syria dan pengganas yang setia kepada rejim Assad yang digulingkan.

Menurut pemantau perang, pembunuhan balas dendam ini merupakan salah satu angka kematian tertinggi di Syria sejak 2011.

The Syrian Observatory for Human Rights (SOHR), sebuah badan pemantau yang berpangkalan di UK melaporkan bahawa 745 orang awam dibunuh, kebanyakannya dengan gaya hukuman mati.

125 anggota pasukan keselamatan Syria dan 148 penyokong Assad turut terkorban. Beberapa anggaran menyatakan jumlah korban akhir mungkin lebih tinggi.

Pertempuran bermula pada hari Khamis selepas pejuang setia kepada rejim Assad yang digulingkan menyerang hendap pasukan keselamatan di Jableh, dalam wilayah pantai Latakia.

Serangan berskala besar dan tersusun ini merupakan cabaran terbesar kepada pihak berkuasa Syria setakat ini dan berlaku tiga bulan selepas kumpulan pemberontak Islamis, Hayat Tahrir al-Sham, mengetuai gerakan menjatuhkan Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Bagi mengawal dan menumpaskan pemberontakan ini, kerajaan Syria dilapor menyeru ribuan pejuang dari seluruh negara yang bersama-sama dengan pasukan keselamatan negara itu berkumpul di pantai Syria.

Kerajaan Syria mendakwa apa yang berlaku saat ini adalah hasil  tindakan individu yang mengakibatkan kematian orang awam selain menyalahkan kemasukan besar-besaran pengganas ke wilayah pantai sebagai punca pelanggaran hak asasi manusia.

Presiden Peralihan Syria, Ahmad al-Sharaa bagaimanapun berkata perkembangan yang berlaku ini adalah sebahagian daripada “cabaran yang dijangka” dan beliau menyeru perpaduan nasional.

“Kita perlu mengekalkan perpaduan nasional dan keamanan domestik. Kita boleh hidup bersama,” katanya dalam satu video yang diedarkan oleh media Arab, bercakap di sebuah masjid di kawasan tempat tinggalnya semasa kecil di Mazzah, Damsyik.

“Yakinlah dengan Syria, negara ini mempunyai ciri-ciri untuk bertahan… Apa yang sedang berlaku sekarang adalah sebahagian daripada cabaran yang dijangka,” tambahnya.

Dalam satu ucapan pada hari Jumaat, Sharaa turut menegaskan bahawa sesiapa yang mencederakan orang awam akan menghadapi hukuman berat.-The Merdeka Times

Author