Agama
Hina agama: Tidak perlu pergi rumah ibadat agama lain untuk minta maaf, rujuk agamawan dahulu

- “Sekiranya berlaku lagi lepas ini mana-mana kejadian yang boleh dianggap menghina agama-agama lain selain Islam, tidak perlu pergi sampai ke rumah ibadat agama lain… Banyak lagi kaedah meminta maaf yang lebih mulia… Rujuklah agamawan terlebih dahulu.
- “Sebagai Muslim, kita ada maruah dan jati diri… Tidak pernah lagi setahu saya mana-mana penghina agama Islam, datang ke masjid atau jumpa mana-mana ulamaā untuk memohon maaf,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rufayda Academy, Dr Mohamad Razif Mohamad FuadĀ menerusi hantaran di FacebookĀ hari ini tanpa menyatakan lebih lanjut ia berkenaan insiden apa.
- Difahamkan teguran itu ditujukan kepada tiga penyampai Era FM yang dilaporkan telah mengunjungi kuil Batu Caves bagi memohon maaf atas tindakan mereka yang didakwa mempersendakan ritual kavadi semasa perayaan Thaipusam.
KUALA LUMPUR — Kelompok Muslim diingatkan bahawa mereka tidak perlu mengunjungi rumahĀ ibadat agama lain semata-mata untuk memohon maaf jika terlibat dalam sebarang insiden penghinaan agama kerana ada banyak kaedah lain yang lebih mulia boleh dilakukan bagi membuat permohonan maaf.
Ketua Pegawai Eksekutif Rufayda Academy, Dr Mohamad Razif Mohamad Fuad juga meminta kelompok Muslim supaya terlebih dahulu merujuk agamawan sebelum bertindak sedemikian.
“Sekiranya berlaku lagi lepas ini mana-mana kejadian yang boleh dianggap menghina agama-agama lain selain Islam, tidak perlu pergi sampai ke rumah ibadat agama lain… Banyak lagi kaedah meminta maaf yang lebih mulia… Rujuklah agamawan terlebih dahulu.
“Sebagai Muslim, kita ada maruah dan jati diri… Tidak pernah lagi setahu saya mana-mana penghina agama Islam, datang ke masjid atau jumpa mana-mana ulamaā untuk memohon maaf,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini tanpa menyatakan lebih lanjut ia berkenaan insiden apa.
Bagaimanapun, difahamkan teguran itu ditujukan kepada tiga penyampai Era FM yang dilaporkan telah mengunjungi kuil Batu Caves bagi memohon maaf atas tindakan mereka yang didakwa mempersendakan ritual kavadi semasa perayaan Thaipusam.
Semalam, media melaporkan polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan penyampai stesen radio EraFM mempersenda upacara agama lain menerusi media sosial sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Mohamad Razif.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata enam individu termasuk tiga penyampai radio EraFM selesai memberi keterangan di Bukit Aman pada Rabu.
Dalam pada itu, Mohamad Razif berpandangan bahawa kritikan beberapa agamawan, pendakwah, dan pempengaruh berhubung wujud ādouble standardā dalam reaksi kes hina agama mempunyai kerelevanannya apabila mereka menyuarakan kegusaran sebahagian besar kelompok Muslim yang merasakan penghinaan terhadap Islam tidak diberi perhatian sewajarnya.
Beliau juga mengingatkan bahawa sikap apologetik dan perlecehan terhadap kegusaran sebahagian besar umat Islam itu hanya akan menggalakkan barah makin merebak.
“Dalam banyak kes di Malaysia, memang terbukti bahawa pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas penghinaan terhadap Islam, namun isu yang lebih besar adalah persepsi masyarakat yang merasakan seolah-olah terdapat ādouble standardā.
“Mengapa demikian? Banyak faktornya… Antaranya tindak balas segelintir MP (ahli Parlimen), Menteri, dan agensi kerajaan yang kelihatan amat responsif dalam isu penghinaan kepada agama lain, berbanding penghinaan kepada Islam, termasuk juga jenis dan kadar hukuman yang dilihat amat tidak berpatutan dengan penghinaan diterima.
“Jika pihak ini benar-benar adil dan konsisten, persepsi ini mungkin kurang.
“Maka, kritikan beberapa agamawan, pendakwah, dan pempengaruh ada relevannya apabila mereka menyuarakan kegusaran sebahagian besar umat Islam yang merasakan penghinaan terhadap Islam tidak diberi perhatian sewajarnya.
“Sikap apologetik dan perlecehan terhadap kegusaran tersebut hanya menggalakkan barah yang makin merebak. Sekurang-kurangnya secara politik,” kata Mohamad Razif.
Beliau juga menasihatkan supaya akta sedia ada diperkukuhkan supaya hukuman terhadap mereka yang menghina agama benar-benar menginsafkan dan mendidik lebih-lebih lagi hukuman kepada penghinaan terhadap agama Islam sebagai agama Persekutuan.
The Merdeka Times semalam melaporkan terdapat netizen dan agamawan dilihat mempersoalkan tindakan pihak kerajaan yang dilihat seakan-akan bersikap ādouble standardā dalam memberi reaksi terhadap isu menghina agama, khususnya apabila membabitkan agama Islam yang berlaku dalam negara.
Antara agamawan dilihat membangkitkan perkara itu adalah pendakwah dan pempengaruh, Firdaus Wong Wai Hung yang mempersoalkan di manakah suara pihak berkenaan ketika Islam dihina dan dipersenda, sambil memuat naik tangkap layar artikel bertajuk, āTindakan persenda upacara agama lain tidak boleh diterima ā Teo Nie Chingā.
Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi turut dilihat menulis hantaran di Facebook yang mempersoalkan sama ada kelompok Muslim lebih sensitif jika agama lain dihina berbanding Rasulullah SAW diperlecehkan. — The Merdeka Times
