Connect with us

Antarabangsa

Beli firma keselamatan data Israel, Google sedang ‘bermain dengan api’

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Seorang jurucakap No Tech for Apartheid, sebuah gabungan pekerja Google yang menentang penglibatan syarikat itu dengan Israel, berkata bahawa Google sedang “bermain dengan api” menerusi pembelian Wiz.
  • “Daripada mendengar gesaan pekerja untuk menarik diri, Google sebaliknya menggandakan pelaburannya dalam projek kolonial, rasis, dan apartheid negara haram Israel. Pekerja Google dengan tegas menolak pelaburan ini dan terus menentang Project Nimbus,” tegas jurucakap tersebut.
  • Pembelian firma perlindungan data siber Israel, Wiz, oleh Google dengan harga $32 bilion merupakan pengambilalihan paling mahal dalam sejarah syarikat itu.

Pekerja Google dan kumpulan hak asasi manusia telah menyuarakan kebimbangan mengenai pembelian sebuah syarikat pemula Israel dalam perjanjian bernilai 32 bilion dolar Amerika secara tunai.

Pada hari Selasa, Google mengumumkan pengambilalihan Wiz, sebuah firma perlindungan data siber Israel yang diasaskan oleh bekas anggota Unit 8200, unit elit pengintipan siber dan pengawasan tentera Israel.

Perjanjian ini dimeterai ketika Google sudah pun menghadapi tekanan dalaman dan luaran berkaitan kontrak Project Nimbus, di mana syarikat itu menyediakan perkhidmatan pengkomputeran data siber dan kecerdasan buatan (AI) kepada kerajaan dan tentera Israel.

Seorang jurucakap No Tech for Apartheid, sebuah gabungan pekerja Google yang menentang penglibatan syarikat itu dengan Israel, berkata bahawa Google sedang “bermain dengan api” menerusi pembelian Wiz.

“Pengambilalihan ini menandakan kesinambungan sokongan terang-terangan Google terhadap sistem apartheid Israel,” kata jurucakap itu kepada Middle East Eye.

“Daripada mendengar gesaan pekerja untuk menarik diri, Google sebaliknya menggandakan pelaburannya dalam projek kolonial, rasis, dan apartheid negara haram Israel. Pekerja Google dengan tegas menolak pelaburan ini dan terus menentang Project Nimbus,” tegas jurucakap tersebut.

Jurucakap itu turut menuduh kepimpinan Google sebagai terlalu bersemangat untuk menjadikan syarikat itu sebagai tulang belakang mesin perang AS-Israel dan menggambarkan pengambilalihan Wiz sebagai tindakan berpura-pura untuk memikat bekas Presiden AS, Donald Trump.

Google dan Wiz bagaimanapun enggan memberi sebarang maklum balas kepada Middle East Eye saat artikel ini ditulis. -The Merdeka Times

Author