Connect with us

Antarabangsa

Al-Sisi tangguh lawatan ke Washington, protes pelan Gaza-AS

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi
  • Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi tangguh lawatan ke Washington, Amerika Syarikat (AS) yang dijadual pada 18 Februari tanpa menetapkan sebarang tarikh baru.
  • Menurut sumber rasmi kepada media Daily News Egypt, penangguhan tersebut sebagai tanda tidak setuju Kaherah terhadap cadangan AS yang diterajui oleh Presiden Donald Trump, untuk memindahkan rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza ke Mesir dan Jordan.
  • Sumber rasmi Mesir yang tidak mahu dikenali menyatakan bahawa Kaherah telah memaklumkan kepada pentadbiran Trump dan Israel tentang penentangannya terhadap sebarang cadangan seperti itu, sambil menambah bahawa perjanjian damai dengan Israel yang telah berusia hampir setengah abad kini berisiko terjejas.

MESIR – Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi dilapor menangguhkan lawatan ke Washington, Amerika Syarikat (AS) yang dijadual pada 18 Februari tanpa menetapkan sebarang tarikh baru.

Menurut sumber rasmi kepada media Daily News Egypt,  penangguhan tersebut sebagai tanda tidak setuju Kaherah terhadap cadangan AS yang diterajui oleh Presiden Donald Trump, untuk memindahkan rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza ke Mesir dan Jordan.

Trump pada Selasa mengulangi cadangannya bahawa AS akan mengambil alih Gaza semasa mesyuarat dengan Raja Abdullah dari Jordan di Rumah Putih.

Pada awal minggu ini, Trump juga mengingatkan bahawa beliau boleh menangguhkan bantuan kepada Jordan dan Mesir kecuali jika dua negara ini bersetuju untuk menerima rakyat Gaza walaupun Mesir sebelum ini secara terbuka telah menolak cadangan tersebut.

Mesir pada minggu sebelumnya juga telah  memberi amaran kepada Israel agar tidak melaksanakan sebarang pelan untuk mengusir rakyat Palestin.

Menurut laporan Agensi Berita Associated Press, Mesir kini sedang melaksanakan usaha diplomatik di belakang tabir bagi menolak  pelan AS untuk pengusiran  besar-besaran penduduk Gaza ini.

Sumber rasmi Mesir yang tidak mahu dikenali menyatakan bahawa Kaherah telah memaklumkan kepada pentadbiran Trump dan Israel tentang penentangannya terhadap sebarang cadangan seperti itu, sambil menambah bahawa perjanjian damai dengan Israel yang telah berusia hampir setengah abad kini berisiko terjejas.

Seorang diplomat Barat di Kaherah mengesahkan telah menerima mesej ini dari Mesir melalui pelbagai saluran.

Diplomat tersebut menggambarkan pendirian Mesir sebagai serius dan melihat pelan tersebut sebagai ancaman kepada keselamatan negara mereka.-The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *