Connect with us

Terkini

JAKIM nafi dakwaan paksa pelajar bukan Muslim peluk Islam

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

  • Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata pihaknya memandang serius berhubung laporan tidak berasas dipercayai daripada sebuah portal berita luar negara yang melaporkan berita bertajuk “Malaysian government, JAKIM allegedly coercing students to convert to Islam”.
  • Dalam isu ini penjelasan lanjut telah pun dikeluarkan pihak universiti berkenaan melalui sebuah kenyataan rasmi sebelum ini.
  • “JAKIM menyeru pengamal media khususnya dari luar negara agar sentiasa menghormati sensitiviti budaya, agama, dan perlembagaan negara Malaysia ketika melaporkan sebarang isu yang melibatkan masyarakat tempatan,” katanya menerusi kenyataan media  hari ini.
  • Berdasarkan tajuk laporan berita dinyatakan JAKIM itu, difahamkan ia merujuk kepada laporan berbahasa Inggeris diterbitkan Persecution.org International Christian Concern bertarikh 16 Januari lalu, yang mendakwa kerajaan Malaysia dan JAKIM menggunakan taktik untuk menekan pelajar bukan Islam agar menukar agama kepada Islam semasa program orientasi universiti.

KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan dakwaan bahawa agensi agama itu terlibat dalam isu memaksa pelajar bukan Islam supaya memeluk Islam semasa program orientasi universiti.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata pihaknya memandang serius berhubung laporan tidak berasas dipercayai daripada sebuah portal berita luar negara yang melaporkan dakwaan berkenaan.

Beliau berkata dalam isu ini penjelasan lanjut telah pun dikeluarkan pihak universiti berkenaan melalui sebuah kenyataan rasmi sebelum ini.

“Jabatan ini ingin menegaskan bahawa sebarang laporan yang dibuat haruslah bersandarkan sumber yang sahih dengan pembuktian yang jelas demi mengelakkan salah faham dan ketegangan dalam masyarakat.

“JAKIM menasihatkan kepada semua pihak agar lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam melaporkan berita demi mengekalkan keharmonian hidup beragama yang telah dinikmati sekian lama oleh masyarakat Malaysia. Semua pihak diseru agar menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan yang menjadi panduan dan asas negara ini dibina

“JAKIM menyeru pengamal media khususnya dari luar negara agar sentiasa menghormati sensitiviti budaya, agama, dan perlembagaan negara Malaysia ketika melaporkan sebarang isu yang melibatkan masyarakat tempatan,” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Foto: Kenyatan media JAKIM berkenaan laporan portal berita bertajuk, “MALAYSIAN GOVERNMENT, JAKIM ALLEGEDLY COERCING STUDENTS TO CONVERT TO ISLAM”.

Berdasarkan tajuk laporan berita dinyatakan JAKIM itu, difahamkan ia merujuk kepada laporan berbahasa Inggeris diterbitkan Persecution.org International Christian Concern bertarikh 16 Januari lalu, yang mendakwa kerajaan Malaysia dan JAKIM menggunakan taktik untuk menekan pelajar bukan Islam agar menukar agama kepada Islam semasa program orientasi universiti.

Foto: Tangkap layar laporan Persecution.org International Christian Concern.

Tanpa menyatakan nama universiti terbabit, laporan itu berkata dakwaan tersebut menimbulkan kebimbangan serius tentang kebebasan beragama, paksaan, dan hak individu untuk membuat keputusan berdasarkan kepercayaan masing-masing.

Dalam pada itu, BERNAMA melaporkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan dakwaan bahawa universiti berkenaan memaksa mahasiswa bukan Islam menyertai program berkaitan Islam pada Kem Jati Diri dan Kerohanian Siri ke-20 pada 11 Jan lalu.

UiTM dalam kenyataan bertarikh 14 Januari memaklumkan program yang berlangsung di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam itu melibatkan 2, 447 pelajar semester pertama, termasuk 34 pelajar bukan Islam daripada kursus Kokurikulum Kesatria Negara I, Kembara 1 dan Pancaragam I. — The Merdeka Times

Author