Connect with us

Antarabangsa

CEO JPMorgan gelar Bitcoin sebagai ‘Skim Ponzi’

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: CEO JPMorgan Chase, Jamie Dimon
  • CEO JPMorgan Chase, Jamie Dimon sekali lagi menyerang Bitcoin dengan menggambarkan ia sebagai “skim Ponzi” dan mengkritiknya sebagai pelaburan yang tidak berguna.
  •  Kritikan lantang CEO tersebut berdasarkan kurangnya nilai intristik dalam matawang Bitcoin selain kerap dikaitkan dengan aktiviti haram seperti pengubahan wang haram dan ransomware.
  •  “Orang boleh melabur dalamnya sebanyak mana yang mereka mahu tetapi saya rasa itu adalah pembaziran masa dan wang,” kata Dimon.

CEO JPMorgan Chase, Jamie Dimon sekali lagi menyerang Bitcoin dengan menggambarkan ia sebagai “skim Ponzi” dan mengkritiknya sebagai pelaburan yang tidak berguna.

Dimon berkata demikian dalam penampilan terbarunya di program terbitan CBS News, Sunday Morning.

Kritikan lantang CEO tersebut berdasarkan kurangnya nilai intristik dalam matawang Bitcoin selain kerap dikaitkan dengan aktiviti haram seperti pengubahan wang haram dan ransomware.

Sikap skeptik Dimon bukanlah perkara baharu walaupun sebelum ini beliau mengakui potensi mata wang kripto amat besar dalam sektor kewangan.

Namun beliau menegaskan bahawa Bitcoin tidak mempunyai masa depan yang boleh dipercayai.

“Orang boleh melabur dalamnya sebanyak mana yang mereka mahu.

“Tetapi saya rasa itu adalah pembaziran masa dan wang,” kata Dimon.

Namun begitu, pandangan Jamie Dimon mengenai Bitcoin tidak pernah konsisten.

Sepanjang tahun lalu, beliau sering beralih antara kritikan keras dan pengakuan terpaksa terhadap potensi aset tersebut. -The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *