Connect with us

Agama

(VIDEO) Nabi dan sahabat turut diuji, adakah baginda murung?

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengarah Institut Ulama Al-Juwaini, Ahmad Syamil Mohd Esa

KUALA LUMPUR — Nabi dan para sahabat turut diuji dan berdepan tekanan dalam kehidupan mereka, tetapi mereka mempunyai tujuan hidup berfokuskan kepada akhirat, sekali gus membuatkan apa pun ujian yang mendatang dihadapi dengan tenang.

Pengarah Institut Ulama Al-Juwaini, Ahmad Syamil Mohd Esa berkata sekiranya ingin bercakap tentang depression ataupun tertekan, apa dilalui Nabi adalah situasi paling tertekan antaranya baginda pernah melalui zaman diboikot selama tiga tahun hinggakan baginda tidak mempunyai makanan dan terpaksa makan kayu–kayu kering dan seumpamanya.

Ahmad Syamil berkata bagaimanapun Nabi tidak menyempitkan sudut pandang baginda, sebaliknya mempunyai satu sudut pandang berbeza (perspektif akhirat) dan mengharapkan suatu kuasa Maha Besar yang sedang menguji baginda.

Selain itu, ujian hidup juga dikatakan dapat dilalui dengan tenang seperti dialami Nabi dan sahabat apabila mereka memahami bahawa mereka mempunyai misi dan tujuan hidup iaitu antaranya sebagai pembawa risalah dan hidayah kepada orang lain.

“Dan itulah yang berlaku dan begitu juga yang kena pada sahabat… Nabi mengajar sahabat untuk memindahkan paradigma ataupun cara pandang daripada melihat dunia seperti mana yang dipegang dan dibaca dan dicerap kepada satu alam yang lebih luas. 

“Di sana ada alam akhirat jutaan tahun, di sana ada kuasa yang boleh anytime petik je boleh hilang semua masalah kita… Kun, habis semua (masalah kita) tapi dunia tidak begitu jadi di sana (dunia kita dihadapkan dengan) ujian dan seumpamanya.

“Jadi kat situ lah kita katakan bagaimana Nabi sentiasa mengikat… sebab itu kita membaca doa kita, “Allahumma barik lana fima razaqtana waqina ‘adhaban-naar,” (“Ya Allah, berkatilah kami dalam rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada kami, dan peliharalah kami daripada azab neraka”)…. Alhamdulillahil-ladhi ahyana ba’da ma amatana wa ilaihin-nushur” (“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nya tempat kembali”) jadi semua doa-doa itu sebenarnya sedang membesarkan kita punya paradigma. 

Which is, sahabat-sahabat datanglah apa pun, tekanan macam mana pun dia tahu, I have a mission. I have a purpose. I am somebody. Aku adalah sahabat Nabi. Aku adalah pembawa risalah ini. Kalau aku tak buat ni, orang lain tak dapat hidayah dan seumpamanya.

“Jadi kat situ lah kita kata dua benda yang boleh kita tengok dan kita lihat dalam sudut tadi tu iaitu bagaimana kita mengenali kita ini siapa dan juga bagaimana kita mengetahui apakah risalah hidup kita. Which is, what is purpose? (untuk kita hidup),” kata Ahmad Syamil  menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Lebih 900,000 Kanak-kanak, Remaja Alami Penyakit Mental. Apa Punca?’.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pengacara sama ada wujud depresi pada zaman Nabi dan bagaimanakah baginda melaluinya kerana kita tahu Nabi Muhammad SAW menghadapi banyak ujian dalam hidupnya, termasuk kehilangan ayah dan ibu baginda, isteri tercinta, anak-anak, juga melalui perjuangan berat dalam menyebarkan dakwah Islam tetapi baginda sentiasa menunjukkan ketahanan mental dan spiritual yang luar biasa.

Program terbitan Studio Merdeka itu bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini pada Khamis dan turut menampilkan Psikologis Klinikal, Aiman Amri dan People Living With Experience (PLWE), Sollahuddin Ikram. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *