Antarabangsa
Syria tidak akan campur tangan lagi urusan Lubnan – Al-Sharaa
- Syria tidak akan sama sekali menjadi “kes campur tangan negatif” di Lubnan, kata ketua kumpulan Hayat Tahrir al-Sham (HTS), Ahmad al-Sharaa.
- Sebaliknya, al-Sharaa berkata Syria baharu yang bebas dari cengkaman rejim Bashar al-Assad lebih suka menjadi penyokong kepada Lubnan daripada campur tangan dalam urusan jirannya.
- Al-Sharaa berkata demikian dalam pertemuan dengan pemimpin Druze Lubnan, Walid Jumblatt di Syria pada Ahad, yang mengetuai delegasi politik dan agama Lubnan ke Syria, termasuk pemimpin spiritual Druze Lubnan, Sami Abu al-Mona.
- Sebelum ini, Syria yang terlibat dalam hal ehwal politik Lubnan mengundurkan tenteranya dari negara jirannya itu pada 2005 selepas tiga dekad pendudukan.
- “Kami berharap hubungan Lubnan-Syria akan kembali melalui kedutaan, dan semua mereka yang melakukan jenayah terhadap Lubnan akan bertanggungjawab, dan perbicaraan yang adil akan diadakan untuk semua mereka yang melakukan jenayah terhadap rakyat Syria,” kata Jumblatt dipetik AnbaaOnline dalam laporan Al Arabiya News.
Syria tidak akan sama sekali menjadi “kes campur tangan negatif” di Lubnan, kata ketua kumpulan Hayat Tahrir al-Sham (HTS), Ahmad al-Sharaa.
Sebaliknya, al-Sharaa berkata Syria baharu yang bebas dari cengkaman rejim Bashar al-Assad lebih suka menjadi penyokong kepada Lubnan daripada campur tangan dalam urusan jirannya.
Al-Sharaa berkata demikian dalam pertemuan dengan pemimpin Druze Lubnan, Walid Jumblatt di Syria pada Ahad, yang mengetuai delegasi politik dan agama Lubnan ke Syria, termasuk pemimpin spiritual Druze Lubnan, Sami Abu al-Mona.
Sebelum ini, Syria yang terlibat dalam hal ehwal politik Lubnan mengundurkan tenteranya dari negara jirannya itu pada 2005 selepas tiga dekad pendudukan.
“Kami berharap hubungan Lubnan-Syria akan kembali melalui kedutaan, dan semua mereka yang melakukan jenayah terhadap Lubnan akan bertanggungjawab, dan perbicaraan yang adil akan diadakan untuk semua mereka yang melakukan jenayah terhadap rakyat Syria,” kata Jumblatt dipetik AnbaaOnline dalam laporan Al Arabiya News.
Jumblatt, yang merupakan pengkritik lantang terhadap rejim Assad, tiba di Syria pada Ahad iaitu lawatan pertamanya ke Syria dalam beberapa tahun.
Syria adalah rumah kepada minoriti agama Druze. – The Merdeka Times