Connect with us

Antarabangsa

Syria perlu kekal “stabil dan tenang” – PM Interim

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Interim Syria, Mohamed Al-Bashir

KUALA LUMPUR – Syria baharu selepas kejatuhan rejim Bashar al-Assad perlu kekal “stabil dan tenang”, kata Perdana Menteri Interim Syria, Mohamed Al-Bashir.

Baru saja dilantik, Al-Bashir berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pegawai-pegawai rejim terdahulu dalam memulihkan semula perkhidmatan awam dan institusi di Syria.

Dalam ucapan ringkasnya di televisyen pada Selasa,  Al-Bashir memaklumkan beliau akan menerajui kerajaan peralihan Syria sehingga 1 Mac 2025.

“Hari ini kami mengadakan mesyuarat untuk kabinet dan kami menjemput ahli daripada kerajaan lama dan beberapa pengarah daripada pentadbiran di Idlib dan kawasan sekitarnya, bagi memudahkan semua kerja yang diperlukan untuk dua bulan akan datang sehingga kami mempunyai sistem perlembagaan untuk dapat berkhidmat kepada rakyat Syria,” kata Al-Bashir dipetik Al Jazeera.

Al-Bashir merupakan ketua de facto Hayat Tahrir Al-Shams (HTS) bagi wilayah Idlib di Syria.

Tentera anti-rejim yang diketuai HTS melancarkan serangan mengejut pada hujung November lalu sebelum berjaya menawan ibu negara Syria, Damsyik, dalam tempoh 12 hari serangan pada 8 Disember 2024.

Susulan kejatuhan Bashar, rejim zionis Israel dilaporkan melancarkan 480 serangan udara dalam tempoh 48 jam ke atas lokasi strategik tentera Syria.

Serangan Israel disasarkan ke atas lokasi strategik tentera Syria, termasuk aset tentera laut, pangkalan udara, senjata anti pesawat, kilang dan depot senjata kerana rejim khuatir ia akan digunakan untuk menentang negara haram itu.

Israel juga menggerakkan tentera daratnya dan merampas “zon penampan” di Dataran Tinggi Golan, sekaligus mencabuli perjanjian antara Syria dan rejim Israel pada 1974. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *