Connect with us

Antarabangsa

Syria: Faktor kejatuhan pemerintahan keluarga Assad selama 53 tahun

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Penulis yang sering mengulas isu geopolitik, Ayman Rashdan Wong.
  • Selepas 13 tahun Perang Syria berlangsung, Bashar al-Assad akhirnya jatuh sekali gus menyaksikan juga pemerintahan keluarga Assad selama 53 tahun (1971-2024) yang menguasai Syria menerusi rampasan kuasa tahun 1970 tamat.
  • Penulis yang sering mengulas isu geopolitik, Ayman Rashdan Wong berkata dalam analisis politik, termasuk geopolitik ada satu faktor penting yang jarang diulas berhubung mengapa percubaan menggulingkan Assad sebelum ini tidak berjaya, tapi kali ini berjaya dan berlaku begitu lancar iaitu AL-WAQT yang bermaksud waktu, masa, atau “timing”.
  • “…sekarang, kedua-dua penaung Assad iaitu Rusia dan Iran pula dilemahkan. Rusia masih terperangkap di Ukraine, dan “escalation” baru-baru ni membuatkan Putin (Presiden Russia, Vladimir Putin) tak dapat nak meluangkan aset ketenteraannya ke negara-negara lain, termasuk Syria.
  • “Proksi utama Iran iaitu H1zballah pula dilemahkan oleh Isra-hell dan terpaksa menerima gencatan senjata. Itu mewujudkan waktu terbaik bagi penentang Assad melancarkan serangan. Kejatuhan Halab akibat serangan mengejut Hay’at Tahrir al-Sham (HTS) terus melemahkan semangat tentera rejim Assad. Lepas Hama jatuh, Assad basically dah game over,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Ahad.
  • Bagaimanapun, kejatuhan Assad bukan bermaksud Perang Syria telah selesai memandangkan sebahagian besar kawasan timur Syria masih dikuasai Syrian Democratic Forces (SDF) yang terdiri daripada Kurd (bukan Arab tapi beragama Islam).

KUALA LUMPUR — Selepas 13 tahun Perang Syria berlangsung, Bashar al-Assad akhirnya jatuh sekali gus menyaksikan juga pemerintahan keluarga Assad selama 53 tahun (1971-2024) yang menguasai Syria menerusi rampasan kuasa tahun 1970 tamat.

Penulis yang sering mengulas isu geopolitik, Ayman Rashdan Wong berkata dalam analisis politik, termasuk geopolitik ada satu faktor penting yang jarang diulas berhubung mengapa percubaan menggulingkan Assad sebelum ini tidak berjaya, tapi kali ini berjaya dan berlaku begitu lancar.

Ayman berkata situasi itu berkenaan AL-WAQT yang bermaksud waktu, masa, atau “timing” di mana sekiranya dilihat pada sejarah kebangkitan sesebuah empayar atau negara kuat mesti berlaku pada waktu atau masa yang tepat.

Katanya, sebagai contoh khilafah Islam bangkit tepat waktunya iaitu ketika Rom dan Parsi dilemahkan dalam perang besar antara mereka, manakala Amerika Syarikat juga bangkit ketika kuasa-kuasa Eropah dilemahkan dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua.

“Dalam kes Syria hari ini, Assad dapat bertahan sebab faktor masa menyebelahinya selama ini. Perang Syria bermula pada 2011, ketika Rusia dan Iran menjadi semakin kuat dan mampu mencorak Timur Tengah mengikut kehendak mereka.

“Pada masa sama, negara-negara Barat yang bersimpati dengan penentang Assad berdepan dengan bermacam masalah dalaman, menyebabkan mereka tak dapat nak beri bantuan yang berkesan. Jadi, walaupun para penentang Assad hampir menumbangkan Assad pada 2013-2014, Assad telah diselamatkan oleh Rusia dan Iran pada 2015-2016.

“Tapi sekarang, kedua-dua penaung Assad iaitu Rusia dan Iran pula dilemahkan. Rusia masih terperangkap di Ukraine, dan “escalation” baru-baru ni membuatkan Putin (Presiden Russia, Vladimir Putin) tak dapat nak meluangkan aset ketenteraannya ke negara-negara lain, termasuk Syria.

“Proksi utama Iran iaitu H1zballah pula dilemahkan oleh Isra-hell dan terpaksa menerima gencatan senjata. Itu mewujudkan waktu terbaik bagi penentang Assad melancarkan serangan. Kejatuhan Halab akibat serangan mengejut Hay’at Tahrir al-Sham (HTS) terus melemahkan semangat tentera rejim Assad. Lepas Hama jatuh, Assad basically dah game over,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Ahad.

Pertempuran antara tentera rejim Assad dan kumpulan anti-rejim dilaporkan kembali berkobar 27 November lalu di kawasan luar bandar di barat Aleppo, sebuah bandar utama di utara Syria.

Pasukan penentang anti-rejim Assad melancarkan serangan kilat, selama lebih 10 hari, menawan bandar-bandar utama dan kemudian ibu negara, Damsyik pada Ahad.

Kemaraan pantas, yang disokong unit tentera berpaling tadah, membawa kepada kejatuhan rejim Assad selepas 13 tahun perang saudara.

Mengulas lanjut, Ayman berkata dalam situasi ini Turkiye adalah pihak paling beruntung daripada kejatuhan Assad, malah ramai melihat negara itu sebagai “mastermind” di sebalik ofensif HTS kali ini.

Beliau berkata ini kerana selain situasi itu menguatkan Turkiye untuk menangani Kurd di sempadan Syria-Turki, kejatuhan Assad akan membolehkan Presidennya, Recep Tayyip Erdogan mencorak geopolitik Timur Tengah di mana hanya dengan adanya pengaruh ke atas Syria Baharu maka Turkiye dapat merealisasikan cita-cita “neo-Ottoman” (Uthmaniyyah Baharu).

“Jika benar Turki terlibat, maka Erdogan sekali lagi memalukan Putin selepas Rusia gagal membantu Armenia (sekutu Rusia) daripada mempertahankan Artsakh (naungan Armenia) daripada serangan Azerbaijan (sekutu Turki) tahun lepas.

“Bagi Iran, kejatuhan Assad ialah satu lagi tamparan besar kepada percaturannya di Timur Tengah. 2024 boleh dikatakan sebagai tahun malapetaka bagi Iran,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Ayman kejatuhan Assad bukan bermaksud Perang Syria telah selesai memandangkan sebahagian besar kawasan timur Syria masih dikuasai Syrian Democratic Forces (SDF) yang terdiri daripada Kurd (bukan Arab tapi beragama Islam).

Katanya, kelompok itu ingin mewujudkan negara Kurd yang berasingan, jadi mereka tidak akan sewenang-wenangnya menyerahkan wilayah mereka, sementara  sebahagian besar sempadan Syria-Turki juga dikuasai kumpulan-kumpulan yang menjadi proksi Turkiye.

“Jadi, samada HTS dan sekutunya dapat menubuhkan kerajaan yang berkesan, sangat bergantung kepada kedinamikan hubungan antaranya dan Turki. Syiah Nusayri (kaum Assad) di pesisir pantai mungkin masih akan melawan autoriti kerajaan Arab Sunni, dan menuntut kewujudan negeri Nusayri yang berasingan.

“Perpecahan Syria masih akan berterusan sehingga faksi-faksi ini (HTS, proksi Turki, SDF dan Nusayri) berdamai, atau dipaksa untuk berdamai (oleh kuasa-kuasa luaran). Kita hanya mampu berharap Syria dapat pulih dari perang saudara dan kembali menjadi stabil kerana “Jalan ke Baitul Maqdis bermula di Damsyik dan Kaherah”.

“Hanya dengan adanya kerajaan Syam dan Mesir yang kuat, F1l@st1n akan dapat dibebaskan, seperti yang dilakukan Salahuddin al-Ayyubi pada 837 tahun yang lalu.

“Dari satu sudut, perkembangan terbaru di Syria juga merupakan rentetan daripada 7 Oktober 2023, peristiwa yang mencetuskan segala rantaian peristiwa (chain of events) yang mengubah imbangan kuasa Timur Tengah,” kata Ayman yang gemar berkongsikan pandangan tentang isu semasa dari perspektif geopolitik melalui akaun Facebook beliau. — The Merdeka Times

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *