Antarabangsa
Rakyat Syria tidak sedia berperang lagi – Al-Jolani
- Syria tidak bersedia untuk berperang lagi, kata ketua kumpulan anti-rejim Syria yang menggulingkan Presiden Bashar al-Assad, Abu Mohammed al-Jolani.
- Al-Jolani menegaskan, buat masa ini, Syria perlu fokus kepada pembangunan dan pembinaan semula negara.
- “Negara tidak bersedia untuk berperang lagi dan tidak akan mendapat satu lagi perang,” kata al-Jolani dalam laporan video Firstpost pada Rabu.
- Dalam laporan berasingan Times of Israel yang memetik Sky News pada Selasa, al-Jolani dilaporkan sebagai berkata rakyat Syria sudah “letih akibat peperangan” dalam konflik bertahun-tahun.
- Al-Jolani juga dilaporkan memberi jaminan bahawa pasukannya, Hayat Tahrir al-Syam (HTS) bertujuan menyokong masa depan Syria.
Syria tidak bersedia untuk berperang lagi, kata ketua kumpulan anti-rejim Syria yang menggulingkan Presiden Bashar al-Assad, Abu Mohammed al-Jolani.
Al-Jolani menegaskan, buat masa ini, Syria perlu fokus kepada pembangunan dan pembinaan semula negara.
“Negara tidak bersedia untuk berperang lagi dan tidak akan mendapat satu lagi perang,” kata al-Jolani dalam laporan video Firstpost semalam.
Dalam laporan berasingan Times of Israel yang memetik Sky News pada Selasa, al-Jolani dilaporkan sebagai berkata rakyat Syria sudah “letih akibat peperangan” dalam konflik bertahun-tahun.
Komen beliau itu dikatakan dikeluarkan sebagai respons kepada soalan wartawan.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada soalan wartawan itu merujuk kepada serangan bertubi-tubi rejim zionis Israel ke atas Syria selepas penyingkiran Assad pada Ahad lalu.
Al-Jolani juga dilaporkan memberi jaminan bahawa pasukannya, Hayat Tahrir al-Syam (HTS) bertujuan menyokong masa depan Syria.
HTS mengetuai serangan pasukan anti-rejim Assad hujung bulan lalu, bermula dengan penguasaan Aleppo diikuti Hama sebelum menawan ibu negara Syria, Damsyik, sekaligus menggulingkan Bashar yang melarikan diri ke Russia pada 8 Disember 2024.
Sementara itu, pasukan anti-rejim juga dilaporkan menguasai kawasan yang kaya dengan minyak, Deir al-Zour daripada pasukan Kurdish di timur laut Syria. – The Merdeka Times