Antarabangsa
Pemuda Syria akan menentang kerajaan baharu – Pemimpin tertinggi Iran
- Pemimpin tertinggi Iran pada Ahad berkata anak muda Syria akan menentang kerajaan baharu yang muncul selepas penggulingan Presiden Bashar Assad, menuduh Amerika Syarikat (AS) dan Israel menyemai huru-hara di negara itu.
- Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dalam ucapan pada Ahad berkata “anak muda Syria tidak akan rugi” dan mengalami rasa tidak selamat berikutan kejatuhan Assad.
- “Apa yang dia boleh buat? Dia harus berdiri dengan semangat yang kuat terhadap mereka yang merancang dan mereka yang melaksanakan ketidakamanan,” kata Khamenei.
- Pemimpin tertinggi Iran itu menuduh AS dan Israel merancang menentang kerajaan Assad untuk merampas sumber dengan berkata; “Sekarang mereka merasakan kemenangan, Amerika, rejim zionis dan mereka yang menyertai mereka (AS dan Israel)”.
- ABC News memetik laporan AP berkata Iran memberikan sokongan penting kepada Assad sepanjang hampir 14 tahun perang saudara Syria, yang meletus selepas dia melancarkan tindakan keras ke atas pemberontakan rakyat terhadap beberapa dekad pemerintahan keluarganya.
Pemimpin tertinggi Iran pada Ahad berkata anak muda Syria akan menentang kerajaan baharu yang muncul selepas penggulingan Presiden Bashar Assad, menuduh Amerika Syarikat (AS) dan Israel menyemai huru-hara di negara itu.
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dalam ucapan pada Ahad berkata “anak muda Syria tidak akan rugi” dan mengalami rasa tidak selamat berikutan kejatuhan Assad.
“Apa yang dia boleh buat? Dia harus berdiri dengan semangat yang kuat terhadap mereka yang merancang dan mereka yang melaksanakan ketidakamanan,” kata Khamenei.
Pemimpin tertinggi Iran itu menuduh AS dan Israel merancang menentang kerajaan Assad untuk merampas sumber dengan berkata; “Sekarang mereka merasakan kemenangan, Amerika, rejim zionis dan mereka yang menyertai mereka (AS dan Israel)”.
ABC News memetik laporan AP berkata Iran memberikan sokongan penting kepada Assad sepanjang hampir 14 tahun perang saudara Syria, yang meletus selepas dia melancarkan tindakan keras ke atas pemberontakan rakyat terhadap beberapa dekad pemerintahan keluarganya.
Syria juga dikatakan telah lama berkhidmat sebagai saluran utama (key conduit) untuk bantuan Iran kepada militan Hizbullah di Lubnan.
Iran dan sekutunya di rantau itu telah mengalami beberapa siri kemunduran besar sepanjang tahun lalu, dengan Israel menyerang Hamas di Gaza dan memberi tamparan hebat ke atas Hizbullah sebelum mereka bersetuju untuk gencatan senjata di Lubnan bulan lepas.
Khamenei menafikan Hizbullah adalah proksi Iran, mengatakan kumpulan itu berjuang kerana kepercayaan mereka sendiri dan bahawa Republik Islam tidak bergantung kepada mereka.
“Jika suatu hari nanti kami merancang untuk mengambil tindakan, kami tidak memerlukan kuasa proksi,” kata Ali Khamenei. – The Merdeka Times