Antarabangsa
Pejuang revolusi Syria tidak ditaja AS dan Israel – Penganalisis Politik Syria
- Pejuang revolusi Syria ketika ini tidak ditaja Amerika Syarikat (AS), termasuk Israel, kerana AS merupakan negara yang memusuhi rakyat Syria dan menginginkan Bashar al-Assad kekal sebagai pemerintah.
- Penganalisis Politik Syria, Saad al-Khatib mendakwa AS juga telah menghalang penyaluran senjata-senjata berat dan peralatan perang ke tangan para pejuang yang menggerakkan revolusi Syria.
- “Di media, dia (AS) munculkan diri dia sebagai penyokong kepada rakyat Syria dan anti kepada Bashar Assad tetapi hakikat sebenarnya yang berlaku adalah dia bersama dengan Bashar Assad.
- “Ini adalah merupakan naratif yang dipopularkan oleh Iran iaitu naratif yang mengatakan bahawa Amerika dan Israel yang menyokong ataupun membantu para pejuang kali ini,” kata Saad dalam bahasa Arab yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Muhammad Fauzi Asmuni menerusi Webinar di sini pada Sabtu bertajuk, ‘Analisis Perkembangan Terkini Konflik di Syria’.
- Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan peserta sama ada revolusi Syria ditaja atau dipengaruhi AS dan Israel bagi menghentikan peranan Iran.
KUALA LUMPUR — Pejuang revolusi Syria ketika ini tidak ditaja Amerika Syarikat (AS), termasuk Israel, kerana AS merupakan negara yang memusuhi rakyat Syria dan menginginkan Bashar al-Assad kekal sebagai pemerintah.
Penganalisis Politik Syria, Saad al-Khatib mendakwa AS juga telah menghalang penyaluran senjata-senjata berat dan peralatan perang ke tangan para pejuang yang menggerakkan revolusi Syria.
Beliau berkata, di kaca mata media, Amerika menampilkan diri sebagai penyokong rakyat Syria dan anti kepada Bashar Assad, tetapi sebenarnya mereka bersama pemimpin rejim itu, termasuk tidak menghalang penggunaan senjata kimia untuk menentang revolusi itu.
“Jadi Amerika dan Israel jelas mereka tidak mahu Bashar Assad jatuh (dari kedudukannya sebagai pemerintah Syria)… tapi selepas 13 tahun lebih ini akhirnya kita dapati bahawa matlamat rakyat Syria untuk menjatuhkan Bashar Assad masih kekal dan suasana yang berlaku maknanya perkembangan geopolitik itu memihak kepada rakyat Syria.
“Dia (Bashar Assad) telah menggunakan senjata-senjata kimia dalam menentang revolusi ini dan Amerika tidak menghentikan pun apa yang dilakukan Bashar Assad itu.
“Di media, dia (AS) munculkan diri dia sebagai penyokong kepada rakyat Syria dan anti kepada Bashar Assad tetapi hakikat sebenarnya yang berlaku adalah dia bersama dengan Bashar Assad.
“Ini adalah merupakan naratif yang dipopularkan oleh Iran iaitu naratif yang mengatakan bahawa Amerika dan Israel yang menyokong ataupun membantu para pejuang kali ini,” kata Saad dalam bahasa Arab yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Muhammad Fauzi Asmuni menerusi Webinar di sini pada Sabtu bertajuk, ‘Analisis Perkembangan Terkini Konflik di Syria’.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan peserta sama ada revolusi Syria ditaja atau dipengaruhi AS dan Israel bagi menghentikan peranan Iran.
Pertempuran antara tentera rejim Assad dan kumpulan anti-rejim dilaporkan kembali berkobar 27 November lalu di kawasan luar bandar di barat Aleppo, sebuah bandar utama di utara Syria.
Pasukan penentang anti-rejim Assad melancarkan serangan kilat, selama lebih 10 hari, menawan bandar-bandar utama dan kemudian ibu negara, Damsyik pada Ahad.
Kemaraan pantas, yang disokong unit tentera berpaling tadah, membawa kepada kejatuhan rejim Assad selepas 13 tahun perang saudara. — The Merdeka Times