Connect with us

Terkini

Menaikkan had umur perkahwinan bukan penyelesaian isu remaja hamil

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Dr Murizah Mohd Zain
  • Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Dr Murizah Mohd Zain berkata ini kerana tindakan menaikkan usia perkahwinan kepada 18 tahun mungkin boleh menyumbang kepada lebih ramai remaja hamil yang tidak mendaftarkan perkahwinan, kehamilan dan tidak mendapat penjagaan antenatal yang baik.
  • “Apakah usia yang sepatutnya sebagai legal (untuk berkahwin)? Sebenarnya perkara ini kita perlu bincang dan perbahaskan dengan mendalam sebabnya kalau dalam senario di Malaysia ini, pengalaman saya yang berada di Kedah, mungkin ada kawasan-kawasan pedalaman di Kedah ni yang mana remaja selepas umur 16-17 tahun itu, mereka dah tamat persekolahan, mereka tak meneruskan lagi pembelajaran dan sebagainya mengambil keputusan untuk berkahwin, mendirikan rumah tangga dan sebagainya.
  • “Dan remaja-remaja ini kalau mereka mengandung, mereka biasanya akan mendapat jagaan antenatal yang baik yang secara tidak langsung, risiko-risiko kehamilan itu dapat dikurangkan…. jadi menaikkan umur kepada 18 akan menyukarkan sebahagian daripada remaja-remaja dari kawasan pedalaman, Sabah dan Sarawak dan golongan yang tidak meneruskan persekolahan untuk dia mendapat keizinan untuk perkahwinan.
  • “Jadi ada banyak pro dan cons yang kita perlu perbincangkan kita perlu melihat balik kepada statistik yang dibentangkan di mana 44,000 daripada kehamilan remaja ini, about 30 peratus of them kehamilan remaja yang di luar perkahwinan.
  • “Adakah kalau kita menaikkan had umur ini, kita sebenarnya akan meningkatkan lebih ramai peratus remaja hamil yang tidak berkahwin kerana kesukaran untuk mendapat keizinan mahkamah? Manakala, (sementara) risiko kehamilan remaja pula antara lainnya berkait rapat dengan faktor sosio demografi seperti tidak berkahwin, kemiskinan serta tidak mendapat jagaan antenatal yang baik,” katanya kepada The Merdeka Times (TMT) baru-baru ini.

KUALA LUMPUR — Menaikkan usia perkahwinan kepada 18 tahun secara tidak langsung berkemungkinan menyumbang kepada risiko kehamilan atau komplikasi sepanjang tempoh kehamilan, bersalin atau selepas bersalin.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Dr Murizah Mohd Zain berkata ini kerana tindakan menaikkan usia perkahwinan kepada 18 tahun mungkin boleh menyumbang kepada lebih ramai remaja hamil yang tidak mendaftarkan perkahwinan, kehamilan dan tidak mendapat penjagaan antenatal yang baik.

Dr Murizah berkata mereka yang berkahwin kebiasaannya akan mendapat penjagaan antenatal yang baik dan mempunyai sistem sokongan yang baik, sekali gus mengurangkan risiko kehamilan berbanding kehamilan remaja di luar perkahwinan.

“Apakah usia yang sepatutnya sebagai legal (untuk berkahwin)? Sebenarnya perkara ini kita perlu bincang dan perbahaskan dengan mendalam sebabnya kalau dalam senario di Malaysia ini, pengalaman saya yang berada di Kedah, mungkin ada kawasan-kawasan pedalaman di Kedah ni yang mana remaja selepas umur 16-17 tahun itu, mereka dah tamat persekolahan, mereka tak meneruskan lagi pembelajaran dan sebagainya mengambil keputusan untuk berkahwin, mendirikan rumah tangga dan sebagainya.

“Dan remaja-remaja ini kalau mereka mengandung, mereka biasanya akan mendapat jagaan antenatal yang baik yang secara tidak langsung, risiko-risiko kehamilan itu dapat dikurangkan…. jadi menaikkan umur kepada 18 akan menyukarkan sebahagian daripada remaja-remaja dari kawasan pedalaman, Sabah dan Sarawak dan golongan yang tidak meneruskan persekolahan untuk dia mendapat keizinan untuk perkahwinan.

“Jadi ada banyak pro dan cons yang kita perlu perbincangkan kita perlu melihat balik kepada statistik yang dibentangkan di mana 44,000 daripada kehamilan remaja ini, about 30 peratus of them kehamilan remaja yang di luar perkahwinan.

“Adakah kalau kita menaikkan had umur ini, kita sebenarnya akan meningkatkan lebih ramai peratus remaja hamil yang tidak berkahwin kerana kesukaran untuk mendapat keizinan mahkamah? Manakala, (sementara) risiko kehamilan remaja pula antara lainnya berkait rapat dengan faktor sosio demografi seperti tidak berkahwin, kemiskinan serta tidak mendapat jagaan antenatal yang baik,” katanya kepada The Merdeka Times (TMT) di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan wartawan berkenaan tiga perkara iaitu, dari sudut perundangan, pada usia berapakah seorang perempuan di Malaysia dibenarkan untuk mengandung, sementara dari sudut perubatan, pada lingkungan usia berapakah dikatakan boleh membahayakan seorang wanita itu untuk mengandung dan adakah Islam ada menetapkan atau menyarankan umur tertentu yang sesuai untuk seorang wanita mengandung, khususnya di usia muda.

TMT pada Khamis lalu melaporkan bahawa kanak-kanak atau remaja mengandung di usia muda, termasuk hamil luar nikah, terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan, termasuk berisiko maut.

Pakar O&G, Fakulti Perubatan UKM, Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, Prof Dr Nur Azurah Abdul Ghani berkata antara permasalahan mungkin dialami kelompok itu ketika mengandung ialah tekanan darah tinggi (pre-eclampsia) yang mana jika tidak diberikan rawatan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi seperti lekang uri (abruption placenta), strok, sawan (eklampsia) dan kematian pada remaja tersebut. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *