Terkini
Mahkamah tolak rayuan dakwa Firdaus Wong, Zamri Vinoth hina agama lain
- Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini menolak permohonan rayuan Presiden Persekutuan Hak Asasi Manusia Global (GHRF), S Shashi Kumar untuk memulakan pendakwaan persendirian terhadap dua pendakwah mualaf kerana didakwa menghina kepercayaan dan amalan agama orang bukan Islam.
- Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menolak rayuan akhir aktivis berkenaan yang memohon Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu dan Firdaus Wong Wai Hung dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan tersebut.
- Ketika membacakan keputusannya, Ahmad Zaidi berkata pihak perayu gagal meyakinkan panel itu berkenaan kekhilafan dilakukan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam, Wendy Ooi dan Majistret Redza Azhar Rezali dalam kes tersebut sebelum ini.
- “Keputusan majistret untuk menolak permohonan perayu dan tidak meneruskan pemeriksaan perayu dalam kes ini adalah tepat dan tidak terkilaf.
- “Mahkamah ini mendapati, kedua-dua rayuan adalah tidak bermerit, maka rayuan perayu ditolak dan keputusan mahkamah majistret yang disahkan mahkamah tinggi dikekalkan,” kata hakim Ahmad Zaidi dipetik media tempatan hari ini.
KUALA LUMPUR — Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini menolak permohonan rayuan Presiden Persekutuan Hak Asasi Manusia Global (GHRF), S Shashi Kumar untuk memulakan pendakwaan persendirian terhadap dua pendakwah mualaf kerana didakwa menghina kepercayaan dan amalan agama orang bukan Islam.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menolak rayuan akhir aktivis berkenaan yang memohon Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu dan Firdaus Wong Wai Hung dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan tersebut.
Turut bersidang bersama beliau adalah Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Datuk Mohamed Zaini Mazlan yang sebulat suara membuat keputusan itu.
Ketika membacakan keputusannya, Ahmad Zaidi berkata pihak perayu gagal meyakinkan panel itu berkenaan kekhilafan dilakukan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam, Wendy Ooi dan Majistret Redza Azhar Rezali dalam kes tersebut sebelum ini.
“Keputusan majistret untuk menolak permohonan perayu dan tidak meneruskan pemeriksaan perayu dalam kes ini adalah tepat dan tidak terkilaf.