Connect with us

Antarabangsa

Lebih 500 pencabulan hak digital kandungan Palestin direkodkan pada November

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Sada Social, sebuah organisasi mendokumentasikan pelanggaran hak digital terhadap kandungan Palestin dalam talian, melaporkan lebih 500 pelanggaran pada November.
  • Laporan organisasi itu menyebut Meta menyumbang 57 peratus daripada pelanggaran, diikuti TikTok pada 23 peratus, YouTube pada 13 peratus dan X pada 7 peratus.
  • Tindakan itu memperdalamkan “dasar digital menindas suara Palestin dan mengehadkan capaian mereka kepada khalayak,” kata organisasi itu dipetik agensi berita Anadolu pada Selasa.
  • 30 akaun WhatsApp milik rakyat Palestin juga telah dialih keluar, termasuk dua kumpulan berita.
  • Sada Social menyeru platform digital untuk menangani kandungan yang menghasut dan menggesa pihak berkepentingan untuk melaksanakan langkah membendung dasar “memburukkan” krisis kemanusiaan dan politik.

Sada Social, sebuah organisasi yang mendokumentasikan pelanggaran hak digital terhadap kandungan Palestin dalam talian, melaporkan lebih 500 pelanggaran pada November.

Ia mendokumenkan penindasan digital yang meluas merentas pelbagai platform dalam laporan bulanannya.

Laporan organisasi itu menyebut Meta menyumbang 57 peratus daripada pelanggaran, diikuti TikTok pada 23 peratus, YouTube pada 13 peratus dan X pada 7 peratus.

30 akaun WhatsApp milik rakyat Palestin telah dialih keluar, termasuk dua kumpulan berita.

Tindakan itu memperdalamkan “dasar digital menindas suara Palestin dan mengehadkan capaian mereka kepada khalayak,” kata organisasi itu dipetik agensi berita Anadolu pada Selasa.

Ia juga menyatakan “pemadaman digital” yang berterusan di utara Gaza “sangat menghalang keupayaan penduduk untuk berkomunikasi”.

Laporan organisasi itu berkata gangguan internet menghalang keupayaan penduduk tempatan untuk melaporkan peristiwa berlaku dan keadaan kemanusiaan.

Sada Social menyeru platform digital untuk menangani kandungan yang menghasut dan menggesa pihak berkepentingan untuk melaksanakan langkah membendung dasar “memburukkan” krisis kemanusiaan dan politik.

Rejim zionis Israel melancarkan perang genosid di Gaza berikutan serangan balas rentas sempadan kumpulan penentangan Palestin, Hamas pada Oktober tahun lalu, membunuh lebih 44,400 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan mencederakan lebih 105,000 mangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *