Antarabangsa
Kumpulan bersenjata dibubar, pejuang diserap Kementerian Pertahanan Syria
- Semua kumpulan bersenjata di Syria akan dibubarkan sebelum pejuang-pejuang mereka diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Pertahanan, kata Ahmad al-Sharaa.
- Kenyataan al-Sharaa, yang juga ketua pakatan pemberontak yang menggulingkan rejim Bashar al-Assad, pada Isnin itu disiarkan agensi berita negara Syria, SANA.
- “Semua orang akan tertakluk kepada undang-undang,” kata al-Sharaa dalam laporan itu yang dipetik media antarabangsa.
- Tidak jelas daripada komen al-Sharaa bagaimana atau bila perkara itu akan dicapai, atau sama ada puak bersenjata yang bersaing di negara itu akan bersetuju atau sebaliknya.
- Hanya lebih seminggu selepas kejatuhan Bashar, pihak berkuasa baharu di Damsyik, dilaporkan berusaha untuk mengunjurkan kestabilan selepas hampir 14 tahun perang saudara di Syria.
Semua kumpulan bersenjata di Syria akan dibubarkan sebelum pejuang-pejuang mereka diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Pertahanan, kata Ahmad al-Sharaa.
Kenyataan al-Sharaa, yang juga ketua pakatan pemberontak yang menggulingkan rejim Bashar al-Assad, pada Isnin itu disiarkan agensi berita negara Syria, SANA.
“Semua orang akan tertakluk kepada undang-undang,” kata al-Sharaa dalam laporan itu yang dipetik media antarabangsa.
Tidak jelas daripada komen al-Sharaa bagaimana atau bila perkara itu akan dicapai, atau sama ada puak bersenjata yang bersaing di negara itu akan bersetuju atau sebaliknya.
Hanya lebih seminggu selepas kejatuhan Bashar, pihak berkuasa baharu di Damsyik, dilaporkan berusaha untuk mengunjurkan kestabilan selepas hampir 14 tahun perang saudara di Syria.
Media melaporkan Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain masih menganggap kumpulan Hayat Tahrir al-Sham (HTS), yang diketuai al-Sharaa, sebagai organisasi pengganas, label yang dijangka mengehadkan bantuan boleh diberikan negara dan organisasi kepada kerajaan baharu Syria.
Namun pemimpin baharu Syria itu telah bertemu dengan diplomat Barat bagi mendapatkan pengiktirafan antarabangsa terhadap legitimasi kerajaan baharu.
Tumpuan dunia kini beralih kepada Syria selepas kumpulan pemberontak anti-rejim menumbangkan rejim Bashar pada 8 Disember lalu yang selama ini bertahan sejak bantahan sivil bertukar penentangan bersenjata bermula Mac 2011. – The Merdeka Times