Antarabangsa
Israel rampas 5,930 ekar tanah di Tebing Barat
- Israel pada Khamis mengumumkan rampasan 24,000 dunam (5,930 ekar) tanah di Tebing Barat yang diduduki, mengisytiharkannya sebagai “state land” dengan tujuan memperluaskan beberapa penempatan di kawasan itu.
- Menurut Channel 14 yang dipetik Anadolu pada Jumaat, pihak berkuasa Israel yang diketuai Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich mengumumkan langkah itu dalam apa yang disifatkan sebagai salah satu pembahagian tanah terbesar dalam beberapa dekad.
- Badan penyiaran Israel itu menyatakan keputusan itu meliputi hampir separuh daripada tanah yang diisytiharkan sebagai “state land” sejak Perjanjian Oslo 1993.
- Setakat ini, tiada kenyataan atau pengumuman rasmi dikeluarkan kerajaan Israel atau pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berhubung keputusan itu.
Israel pada Khamis mengumumkan rampasan 24,000 dunam (5,930 ekar) tanah di Tebing Barat yang diduduki, mengisytiharkannya sebagai “state land” dengan tujuan memperluaskan beberapa penempatan di kawasan itu.
Menurut Channel 14 yang dipetik Anadolu pada Jumaat, pihak berkuasa Israel yang diketuai Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich mengumumkan langkah itu dalam apa yang disifatkan sebagai salah satu pembahagian tanah terbesar dalam beberapa dekad.
Badan penyiaran Israel itu menyatakan keputusan itu meliputi hampir separuh daripada tanah yang diisytiharkan sebagai “state land” sejak Perjanjian Oslo 1993.
Setakat ini, tiada kenyataan atau pengumuman rasmi dikeluarkan kerajaan Israel atau pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berhubung keputusan itu.
Saluran itu melaporkan penempatan Ma’ale Adumim di timur Baitulmaqdis akan diperluaskan kira-kira 2,600 dunam (642 ekar) ke selatan untuk mewujudkan kesinambungan dengan penempatan Kedar selain penempatan seperti Migdal Oz dan Susya di selatan Tebing Barat dan Yafit di Lembah Jordan juga akan diperluaskan.
Smotrich pada 11 November lalu berkata tahun depan akan menyaksikan penerapan kedaulatan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki.
Undang-undang antarabangsa melihat kedua-dua Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur sebagai “wilayah yang diduduki” dan menganggap semua aktiviti pembinaan penempatan Yahudi di sana sebagai haram. – The Merdeka Times