Antarabangsa
Empayar dadah Captagon Syria terbongkar selepas kejatuhan rejim Assad
- Sebuah empayar dadah yang berkembang maju di bawah rejim Syria yang digulingkan terbongkar selepas pejuang anti-rejim menyerbu bangunan didakwa digunakan adik Bashar al-Assad, lapor The New Arab.
- Beberapa video dari Syria mendakwa ia adalah simpanan sejumlah besar Captagon (dadah perangsang) disembunyikan Maher al-Assad, adik Bashar yang mengetuai Divisyen Berperisai Ke-4 Tentera Syria dengan lokasi keberadaannya masih tidak jelas.
- Dalam satu video, pejuang anti-rejim dilihat memasuki apa yang kelihatan seperti rumah agam yang digunakan sebagai kilang untuk mengeluarkan dadah.
- Captagon ialah dadah perangsang jenis amphetamine, sebahagian besarnya digunakan pejuang, dikatakan menjadi sumber pendapatan utama rejim Bashar, menjana berbilion-bilion setiap tahun untuk membantu menyokong rejim, di tengah-tengah kemiskinan berleluasa di Syria akibat perang, rasuah besar-besaran dan sekatan.
Sebuah empayar dadah yang berkembang maju di bawah rejim Syria yang digulingkan terbongkar selepas pejuang anti-rejim menyerbu bangunan didakwa digunakan adik Bashar al-Assad, lapor The New Arab.
Beberapa video dari Syria mendakwa ia adalah simpanan sejumlah besar Captagon (dadah perangsang) disembunyikan Maher al-Assad, adik Bashar yang mengetuai Divisyen Berperisai Ke-4 Tentera Syria dengan lokasi keberadaannya masih tidak jelas.
Berita mengatakan rumah agam itu adalah miliknya tidak dapat disahkan.
Dalam satu video, pejuang anti-rejim dilihat memasuki apa yang kelihatan seperti rumah agam yang digunakan sebagai kilang untuk mengeluarkan dadah.
Dalam rakaman video lain, orang ramai dilihat sedang memusnahkan beribu-ribu pil Captagon.
The New Arab melaporkan pihak lain yang bertindak sebagai barisan hadapan untuk perdagangan haram telah didedahkan, termasuk firma kereta, Syria Car.
Orang ramai terkejut apabila mendapati sejumlah besar Captagon telah dibuang di luar selepas kumpulan pembangkang Syria memasuki syarikat milik anak sepupu Bashar, Hafez Munther al-Assad.
Captagon ialah dadah perangsang jenis amphetamine yang sebahagian besarnya digunakan pejuang.
Rejim Assad selama bertahun-tahun telah cuba menutup keterlibatannya dalam perdagangan rentas sempadan dan Syria, yang dilanda perang, dipercayai berada di sebalik 80 peratus pengeluaran dadah di seluruh dunia.
Komoditi haram itu dikatakan menjadi sumber pendapatan utama rejim Bashar, menjana berbilion-bilion setiap tahun untuk membantu menyokong rejim, di tengah-tengah kemiskinan berleluasa di Syria akibat perang, rasuah besar-besaran dan sekatan. – The Merdeka Times