Connect with us

Terkini

Belum bayar kos rawatan, Hospital swasta tahan, ‘beku’ jenazah bayi selama 2 minggu

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Mr Wan Cai Official.
  • Menyifatkan perbuatan itu sebagai kejam, Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Cai Official mendakwa bayi lelaki yang diberi nama Adham itu turut dihina apabila dilahirkan dengan satu mata, tiada hidung dan tiada lubang dubur.
  • Katanya, tindakan pemilik hospital menahan jenazah adik Adham dari diuruskan adalah satu tindakan tidak wajar dan kejam kerana apabila berlaku sesuatu kematian, seharusnya pengurusan ke atas jenazah perlu disegerakan dan tiada alasan mahupun perkara yang boleh diguna pakai untuk melambatkan proses pengurusan melainkan hanya darurat.
  • “Seperti yang dimaklumkan,pihak hospital telah menahan ibunya keluar dari wad selagi bayaran tidak dibuat oleh si ayah. Yang menjadi persoalan,kenapa jenazah adik Adham perlu ditahan dan disimpan di dalam peti sejuk mayat selama 2 minggu?
  • “Bukankah si ibu sudah ditahan untuk dijadikan jaminan kepada pihak hospital? Apa motif tahan ibu bersama jasad bayi yang tak bersalah? Di manakah sifat perikemanusiaan yang ada pada seorang doktor yang beragama Islam?
  • “Puaskah membiarkan jasad seorang bayi yang dilahirkan cacat berada di peti sejuk tanpa diuruskan? Adakah duit lebih penting dari segala galanya hingga terlupa pada hukum fardhu kifayah? Satu perkataan sahaja layak diberikan kepada doktor tersebut iatu KEJAM!!,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Sebuah hospital swasta didakwa menahan dan menyimpan jenazah seorang bayi lelaki di dalam peti sejuk mayat selama dua minggu kerana bapa kepada bayi berkenaan belum berupaya membayar kos rawatan di situ.

Menyifatkan perbuatan itu sebagai kejam, Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Cai Official mendakwa bayi lelaki yang diberi nama Adham itu turut dihina apabila dilahirkan dengan satu mata, tiada hidung dan tiada lubang dubur.

Wan Cai berkata pihak hospital juga telah menahan ibu kepada bayi itu daripada keluar wad selagi bayaran tidak dibuat oleh si ayah.

Katanya, tindakan pemilik hospital menahan jenazah adik Adham dari diuruskan adalah satu tindakan tidak wajar dan kejam kerana apabila berlaku sesuatu kematian, seharusnya pengurusan ke atas jenazah perlu disegerakan dan tiada alasan mahupun perkara yang boleh diguna pakai untuk melambatkan proses pengurusan melainkan hanya darurat.

 

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Mr Wan Cai Official.

 

“Seperti yang dimaklumkan,pihak hospital telah menahan ibunya keluar dari wad selagi bayaran tidak dibuat oleh si ayah. Yang menjadi persoalan, kenapa jenazah adik Adham perlu ditahan dan disimpan di dalam peti sejuk mayat selama 2 minggu?

“Bukankah si ibu sudah ditahan untuk dijadikan jaminan kepada pihak hospital? Apa motif tahan ibu bersama jasad bayi yang tak bersalah? Di manakah sifat perikemanusiaan yang ada pada seorang doktor yang beragama Islam?

“Puaskah membiarkan jasad seorang bayi yang dilahirkan cacat berada di peti sejuk tanpa diuruskan? Adakah duit lebih penting dari segala galanya hingga terlupa pada hukum fardhu kifayah? Satu perkataan sahaja layak diberikan kepada doktor tersebut iatu KEJAM!!,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Hantaran Facebook itu turut memaparkan video jenazah bayi berkenaan dimandikan, disolatkan dan dikebumikan di sebuah tanah perkuburan semalam.



Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Mr Wan Cai Official.

Wan Cai dalam hantaran Facebook berbeza menjelaskan pihaknya yang menguruskan jenazah bayi itu terpaksa menggunakan air panas yang dicampur air paip bagi melembutkan tubuh dan sendi-sendi jenazah bayi berkenaan.

Beliau difahamkan bil yang sepatutnya dibayar kepada pihak hospital dianggarkan kira-kira RM2,480 dan dijelaskan oleh si ayah baru-baru ini dengan bantuan seorang hamba Allah. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *