Connect with us

Agama

Aktiviti mencurigakan di tanah perkuburan: Respons YDP YADIM “mendukacitakan dan malang”

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Tindakan Yang Dipertua (YDP) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyoal sama ada individu atau pengadu telah membuat laporan ke Pejabat Agama Daerah dalam aduan awam ekoran video tular sekumpulan individu berzikir dan dilihat seolah-olah ‘memuja’ di sebuah tanah perkuburan dipercayai di Danau Kota di sini, disifatkan sebagai sesuatu “mendukacitakan dan malang”.
  • Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Quran & Sunnah, UIAM merangkap Penasihat Khas Menteri Komunikasi, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin berkata berbanding menjadi pemudah cara, YDP YADIM dilihat men’taichi’ mereka yang merujuknya untuk membuat laporan terhadap dakwaan yang tular itu.
  • “Berbanding menjadi pemudahcara, di’taichi’ pada yang merujuk padanya untuk buat laporan. Tipikal orang yang berjawatan?! Sedangkan boleh sahaja berbasa basi untuk bantu dipanjangkan. Kalian dilantik dengan digaji negara melalui duit pembayar cukai!,”katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu yang turut memuat naik tangkap layar komen antara netizen dengan YDP YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus yang difahamkan berhubung isu video tular terbabit.

KUALA LUMPUR — Tindakan Yang Dipertua (YDP) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyoal sama ada individu atau pengadu telah membuat laporan ke Pejabat Agama Daerah dalam aduan awam ekoran video tular sekumpulan individu berzikir dan dilihat seolah-olah ‘memuja’ di sebuah tanah perkuburan dipercayai di Danau Kota di sini, disifatkan sebagai sesuatu “mendukacitakan dan malang”.

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Quran & Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merangkap Penasihat Khas Menteri Komunikasi, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin berkata berbanding menjadi pemudah cara, YDP YADIM dilihat men’taichi’ mereka yang merujuknya untuk membuat laporan terhadap dakwaan yang tular itu.

Abu Hafiz turut mempersoalkan adakah tindakan sedemikian sememangnya perbuatan biasa (tipikal) dilakukan individu yang berjawatan, sedangkan aduan sebegitu boleh sahaja dibantu untuk dipanjangkan.

“Berbanding menjadi pemudahcara, di’taichi’ pada yang merujuk padanya untuk buat laporan. Tipikal orang yang berjawatan?! Sedangkan boleh sahaja berbasa basi untuk bantu dipanjangkan. Kalian dilantik dengan digaji negara melalui duit pembayar cukai!

“Namun, setelah saya berfikir. Respon YDP YADIM ini tidaklah pelik… Ketika pembongkaran kejahatan GISB beberapa bulan lalu, dia memilih bersama pimpinan GISB berbanding mencari para pembongkar kejahatan GISB,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu yang turut memuat naik tangkap layar komen antara netizen dengan YDP YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus yang difahamkan berhubung isu video tular terbabit.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Abu Hafiz Salleh Hudin.

Abu Hafiz dilihat turut mengkritik Radio IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia) yang didakwa ‘sakan’ menyuburkan ajaran yang mampu membawa ke arah khurafat dan syirik.

“Sudahlah Radio IKIM sakan menyuburkan ajaran yang mampu membawa kearah khurafat dan syirik, YDP YADIM merasa jauh dari tanggungjawab dakwah untuk sama² lawan perkara yang berbaur khurafat dan syirik hanya kerana YADIM bukan badan penguatkuasa?!

“Mungkin YDP YADIM ini sudah tidak lagi sesuai di badan dakwah agensi agama persekutuan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Polis Daerah Wangsa Maju mengesahkan menerima satu laporan berhubung video tular sekumpulan individu yang didakwa melakukan aktiviti mencurigakan di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohammad Lazim Ismail berkata laporan diterima daripada orang awam, manakala kes dirujuk ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk siasatan lanjut, lapor Astro Awani semalam.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pihaknya mengarahkan JAWI untuk membuat siasatan terperinci susulan kejadian tersebut.

“Pihak yang mempunyai maklumat adalah dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat berkaitan kepada JAWI bagi membantu siasatan. Semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat apa-apa spekulasi mengenai kejadian tersebut.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana perlakuan dan amalan yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam. Semua pihak adalah dimohon untuk menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa agama Islam,” katanya dalam kenyataan media di sini pada Ahad. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *