Antarabangsa
825 tentera Israel terbunuh di Gaza – Media Yahudi
- Sekurang-kurangnya 825 tentera Israel terbunuh di Gaza sejak Oktober tahun lalu selepas rejim mula melakukan perang pembunuhan beramai-ramai di wilayah Palestin itu, lapor akhbar harian Israel.
- Laporan Yediot Ahronoth, versi cetak laman web Ynetnews, dipetik Press TV itu diterbitkan pada Isnin.
- Media Ibrani itu juga melaporkan sekurang-kurangnya 40 tentera Israel telah terbunuh di Jabalia sejak bulan lalu, di mana rejim zionis telah meningkatkan serangan dan pengepungan mautnya terhadap bandar di utara Gaza itu.
- Briged al-Quds, cabang tentera gerakan penentangan Palestin Jihad Islam, pula mengumumkan melakukan serangan peluru berpandu terhadap penempatan haram Nir Am di bahagian utara wilayah Palestin yang diduduki.
- Sekurang-kurangnya seorang askar Israel telah terbunuh dan beberapa lagi cedera parah selepas pejuang Palestin menyerang tentera di bandar Beit Hanoun di pinggir timur laut Bandar Gaza.
Sekurang-kurangnya 825 tentera Israel terbunuh di Gaza sejak Oktober tahun lalu selepas rejim mula melakukan perang pembunuhan beramai-ramai di wilayah Palestin itu, lapor akhbar harian Israel.
Laporan Yediot Ahronoth, versi cetak laman web Ynetnews, dipetik Press TV itu diterbitkan pada Isnin.
Media Ibrani itu juga melaporkan sekurang-kurangnya 40 tentera Israel telah terbunuh di Jabalia sejak bulan lalu, di mana rejim zionis telah meningkatkan serangan dan pengepungan mautnya terhadap bandar di utara Gaza itu.
Briged al-Quds, cabang tentera gerakan penentangan Palestin Jihad Islam, pula mengumumkan melakukan serangan peluru berpandu terhadap penempatan haram Nir Am di bahagian utara wilayah Palestin yang diduduki.
Sekurang-kurangnya seorang askar Israel telah terbunuh dan beberapa lagi cedera parah selepas pejuang Palestin menyerang tentera di bandar Beit Hanoun di pinggir timur laut Bandar Gaza.
Menurut Channel 14, rejim Israel mengenal pasti kontinjen disasarkan sebagai Briged Netzah Yahuda.
Ia menyaksikan beberapa pejuang penentangan Palestin menggunakan senjata penembak tepat untuk menyasarkan salah seorang tentera Israel, yang meletakkan dirinya di tingkat tiga sebuah bangunan.
Saluran penyiaran itu berkata kejadian itu menyaksikan pembunuhan seorang anggota tentera Israel dan mencederakan sembilan yang lain.
Perkembangan itu berlaku ketika perang genosid Israel telah meragut nyawa hampir 45,550 rakyat Palestin, kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak. – The Merdeka Times