Connect with us

Antarabangsa

Tiga syarikat penerbangan utama Eropah tangguh penerbangan ke Israel

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Tiga syarikat penerbangan utama Eropah telah membatalkan atau melanjutkan penggantungan penerbangan mereka ke dan dari Israel ekoran ketegangan serantau semakin meningkat.
  • Memetik laporan media Israel pada Ahad, Saudi Gazette melaporkan syarikat penerbangan Itali, ITA Airways mengumumkan semua penerbangan ke dan dari Israel akan dihentikan sehingga 12 Januari depan.
  • Syarikat penerbangan Perancis Air France pula melanjutkan penggantungan semua penerbangan ke Israel sehingga 26 Disember ini.
  • Menurut laporan media, syarikat penerbangan Greece Aegean Airlines juga mengisytiharkan tidak akan meneruskan penerbangan ke Israel sehingga 3 Disember depan.
  • Penggantungan penerbangan berlaku ketika ketegangan serantau terus meningkat akibat serangan berterusan rejim Israel di Gaza, mengakibatkan kematian lebih 43,500 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak Oktober 2023.

Tiga syarikat penerbangan utama Eropah telah membatalkan atau melanjutkan penggantungan penerbangan mereka ke dan dari Israel ekoran ketegangan serantau semakin meningkat.

Memetik laporan media Israel pad Ahad, Saudi Gazette melaporkan syarikat penerbangan Itali, ITA Airways mengumumkan semua penerbangan ke dan dari Israel akan dihentikan sehingga 12 Januari depan.

ITA Airways adalah satu-satunya syarikat penerbangan Itali yang beroperasi secara tetap di Israel.

Syarikat penerbangan Perancis Air France pula melanjutkan penggantungan semua penerbangan ke Israel sehingga 26 Disember ini.

Air France sebelum ini membatalkan penerbangan setiap minggu, tetapi penggantungan itu kini dilanjutkan selama hampir 45 hari, daripada tarikh akhir asalnya pada 12 November (esok).

Menurut laporan media, syarikat penerbangan Greece Aegean Airlines juga mengisytiharkan tidak akan meneruskan penerbangan ke Israel sehingga 3 Disember depan.

Beberapa syarikat penerbangan Eropah lain turut membatalkan penerbangan atau melanjutkan penggantungan mereka kerana konflik serantau semakin meningkat.

Syarikat penerbangan Sepanyol, Iberia pada Rabu membatalkan penerbangannya ke Israel sehingga akhir November berikutan serangan peluru berpandu dari Lubnan yang mendarat berhampiran Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv.

American Airlines pula mengalih keluar semua penerbangan ke Israel daripada jadualnya sehingga September tahun depan.

Syarikat penerbangan antarabangsa lain, termasuk Virgin dan Delta, telah membatalkan penerbangan ke Israel sehingga musim bunga 2025.

Penggantungan penerbangan berlaku ketika ketegangan serantau terus meningkat akibat serangan berterusan rejim Israel di Gaza, mengakibatkan kematian lebih 43,500 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak Oktober 2023. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *