Antarabangsa
AS veto resolusi UNSC gencatan senjata Gaza untuk kali ke-4
- Amerika Syarikat (AS) pada Rabu memveto resolusi di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata “segera, tanpa syarat dan kekal” di Gaza.
- Ini adalah kali keempat pentadbiran Presiden AS, Joe Biden memveto resolusi menggesa perang di Gaza dihentikan sejak serangan rejim zionis Israel bermula pada Oktober tahun lalu.
- AS menolak resolusi itu, manakala 14 anggota UNSC lain mengundi untuk menyokong.
- Resolusi UNSC itu menggesa pembebasan tawanan yang ditahan di Gaza, namun Washington tetap menyuarakan bantahan terhadap tuntutannya untuk gencatan senjata “tanpa syarat”.
- “Kami menjelaskan sepanjang rundingan bahawa kami tidak boleh menyokong gencatan senjata tanpa syarat yang gagal membebaskan tebusan,” kata Timbalan Utusan AS ke PBB, Robert Wood semasa sesi di New York dipetik Al Jazeera awal pagi tadi.
Amerika Syarikat (AS) pada Rabu memveto resolusi di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata “segera, tanpa syarat dan kekal” di Gaza.
Ini adalah kali keempat pentadbiran Presiden AS, Joe Biden memveto resolusi menggesa perang di Gaza dihentikan sejak serangan rejim zionis Israel bermula pada Oktober tahun lalu.
AS menolak resolusi itu, manakala 14 anggota UNSC lain mengundi untuk menyokong.
Resolusi UNSC itu menggesa pembebasan tawanan yang ditahan di Gaza, namun Washington tetap menyuarakan bantahan terhadap tuntutannya untuk gencatan senjata “tanpa syarat”.
“Kami menjelaskan sepanjang rundingan bahawa kami tidak boleh menyokong gencatan senjata tanpa syarat yang gagal membebaskan tebusan,” kata Timbalan Utusan AS ke PBB, Robert Wood semasa sesi di New York dipetik Al Jazeera awal pagi tadi.
Beliau berkata penamatan perang yang tahan lama (durable) semestinya harus datang dengan pembebasan tebusan.
“Kedua-dua matlamat mendesak ini berkait rapat. Resolusi ini meninggalkan keperluan itu, dan atas sebab itu, Amerika Syarikat tidak dapat menyokongnya,” kata Wood.
Sehingga kini, hampir 44,000 rakyat Palestinn terbunuh dalam pengeboman genosid rejim Israel ke atas Gaza, menjerumuskan wilayah konflik terkepung itu ke dalam krisis kemanusiaan. – The Merdeka Times