Terkini
Pekerja asing ‘bolot’ pekerjaan jika negara gagal tingkatkan pelajar cemerlang aliran sains tulen
Anak muda dari luar negara yang berkemahiran tinggi berkemungkinan mendapat faedah daripada kemasukan syarikat gergasi dan pelaburan asing di Malaysia, jika negara gagal meningkatkan bilangan pelajar cemerlang dalam aliran sains tulen.
- Anak muda dari luar negara yang berkemahiran tinggi berkemungkinan mendapat faedah daripada kemasukan syarikat gergasi dan pelaburan asing di Malaysia, jika negara gagal meningkatkan bilangan pelajar cemerlang dalam aliran sains tulen.
- Peringatan itu disuarakan pakar pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad susulan bilangan murid dalam aliran sains tulen dilihat semakin merosot saban tahun sedangkan kebanyakan syarikat gergasi terbabit adalah syarikat berteknologi tinggi yang fokus kepada pembangunan teknologi maklumat dan AI (Kepintaran Buatan).
- Beliau berkata syarikat terbabit tentunya mahukan pekerja yang cekap, berpengetahuan dan tinggi disiplin kerja.
- “Malangnya, semakin bimbang bila didapati saban tahun bilangan murid dalam aliran sains tulen semakin merosot. Anda boleh rujuk statistik rasmi yang disediakan secara online oleh LPM.
- “Semua subjek utama sains tulen menunjukkan kemerosotan bilangan murid. Apa akan berlaku jika tiada usaha memulihkan keadaan ini? Secara logik, tentunya syarikat gergasi global ini akan mula memohon dan mendesak pihak kerajaan untuk membenarkan mereka mengambil para pekerja asing yang berkemahiran tinggi,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
KUALA LUMPUR — Anak muda dari luar negara yang berkemahiran tinggi berkemungkinan mendapat faedah daripada kemasukan syarikat gergasi dan pelaburan asing di Malaysia, jika negara gagal meningkatkan bilangan pelajar cemerlang dalam aliran sains tulen.
Peringatan itu disuarakan pakar pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad susulan bilangan murid dalam aliran sains tulen dilihat semakin merosot saban tahun sedangkan kebanyakan syarikat gergasi terbabit adalah syarikat berteknologi tinggi yang fokus kepada pembangunan teknologi maklumat dan AI (Kepintaran Buatan).
Anuar berkata sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin Kerajaan Perpaduan, negara melihat banyak syarikat gergasi dan pelaburan besar asing menyatakan minat dan ada yang telah memulakan pelaburan di negara ini.
Beliau berkata apabila syarikat gergasi itu mula beroperasi di negara ini, mereka memerlukan sumber manusia yang kompeten sesuai dengan perniagaan dan sebagai peniaga mereka tentunya mahukan keuntungan.
“Jadi, mereka mahu para pekerja yang cekap, berpengetahuan dan tinggi disiplin kerja. Soalnya, apakah sumber manusia negara kita akan bersedia? Secara kuantiti dan juga kualiti?
“Persediaan ini sebenarnya mesti bermula di sekolah. Aliran sains tulen adalah asasnya. Tanpa anak-anak kita mahir dan cemerlang dalam mata pelajaran Matematik, Fizik, Biologi Kimia dan Add Math, bagaimana kita boleh menyediakan sumber manusia yang kompeten dalam teknologi AI, software, perubatan, kejuruteraan, biotech dan lain-lain lagi. Tidak mungkin.
“Malangnya, semakin bimbang bila didapati saban tahun bilangan murid dalam aliran sains tulen semakin merosot. Anda boleh rujuk statistik rasmi yang disediakan secara online oleh LPM.
“Semua subjek utama sains tulen menunjukkan kemerosotan bilangan murid. Apa akan berlaku jika tiada usaha memulihkan keadaan ini? Secara logik, tentunya syarikat gergasi global ini akan mula memohon dan mendesak pihak kerajaan untuk membenarkan mereka mengambil para pekerja asing yang berkemahiran tinggi,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
Menerusi hantaran itu, beliau turut memuat naik beberapa tangkap layar artikel berkenaan syarikat gergasi dan pelaburan besar dari negara asing yang menyatakan minat dan ada yang telah memulakan pelaburan di negara ini.
Mengulas lanjut, Anuar berkata syarikat gergasi berkenaan adalah pembayar cukai dan sekiranya syarikat mereka rugi, maka negara juga akan hilang pendapatan dari segi cukai.
Beliau berkata apabila berdepan situasi sebegini, pastinya kerajaan terpaksa bersetuju dengan permintaan mereka untuk mengambil pekerja asing berkemahiran tinggi.
Anuar berkata permintaan atau cadangan sedemikian telah dibangkitkan beberapa pihak seperti mana dilaporkan media tempatan.
“Jika kita terus gagal meramaikan anak-anak kita yang cemerlang dalam aliran sains tulen, tidak mustahil untuk kita lihat nanti siapa sebenarnya yang akan dapat faedah terbesar atas usaha PMX membawa masuk sebegitu banyak pelaburan asing.
“Tentu bukan anak-anak Malaysia lagi, tetapi anak-anak muda negara asing yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi. Mereka yang untung.
“Sanggup kita lihat anak-anak kita akan berputih mata?,” kata Anuar yang turut berkongsi pautan ke artikel bertajuk, ‘Cadangan graduan asing bekerja: penyelesaian jangka pendek tangani isu tenaga mahir – Tengku Zafrul’. — The Merdeka Times
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa3 days ago
Turkiye sekat akses Discord