Connect with us

Antarabangsa

Maghribi akan beli satelit pengintip $1 bilion Israel

Maghribi bakal memperoleh satelit pengintip daripada Industri Aeroangkasa Israel (IAI) dengan harga $1 bilion, demikian menurut laporan media Maghribi pada Rabu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Speaker Knesset Israel, Amir Ohana (kiri) & Rakan sejawatnya dari Maghribi, Rachid Talbi Alami (kanan).
  • Maghribi bakal memperoleh satelit pengintip daripada Industri Aeroangkasa Israel (IAI) dengan harga $1 bilion, demikian menurut laporan media Maghribi pada Rabu.
  • IAI yang dimiliki kerajaan Israel dan terkenal dalam menghasilkan beberapa dron dan sistem pertahanan peluru berpandu paling canggih Israel pada Selasa mengumumkan menandatangani kontrak bernilai $1 bilion untuk pembekalan salah satu sistem mereka kepada pihak ketiga yang tidak didedahkan, lapor Al Mayadeen.
  • Maklumat itu didedahkan dalam satu pemfailan regulatori di Tel Aviv yang turut menyatakan kontrak tersebut akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.
  • Laman web berita Maghribi Le Desk dan Le 360 yang memetik sumber Israel di Rabat mendedahkan kontrak tersebut melibatkan pembekalan satelit pengintip Ofek 13.
  • Pemerolehan satelit itu berikutan pakatan keselamatan dipersetujui rejim Israel dan Maghribi pada 2021 selepas perjanjian normalisasi hubungan kedua-dua negara.

Maghribi bakal memperoleh satelit pengintip daripada Industri Aeroangkasa Israel (IAI) dengan harga $1 bilion, demikian menurut laporan media Maghribi pada Rabu.

IAI yang dimiliki kerajaan Israel dan terkenal dalam menghasilkan beberapa dron dan sistem pertahanan peluru berpandu paling canggih Israel pada Selasa mengumumkan menandatangani kontrak bernilai $1 bilion untuk pembekalan salah satu sistem mereka kepada pihak ketiga yang tidak didedahkan, lapor Al Mayadeen.

Maklumat itu didedahkan dalam satu pemfailan regulatori di Tel Aviv yang turut menyatakan kontrak tersebut akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.

Laman web berita Maghribi Le Desk dan Le 360 yang memetik sumber Israel di Rabat mendedahkan kontrak tersebut melibatkan pembekalan satelit pengintip Ofek 13.

Satelit itu akan menggantikan dua satelit sedia ada Airbus dan Thales, meningkatkan keupayaan pengawasan Maghribi.

Pemerolehan satelit itu berikutan pakatan keselamatan dipersetujui rejim Israel dan Maghribi pada 2021 selepas perjanjian normalisasi hubungan kedua-dua negara.

Pakatan keselamatan itu merangkumi perkongsian risikan serta kerjasama dalam industri ketenteraan dan pemerolehan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Dron baharu Houthi berjaya lepasi radar zionis, seorang maut, 10 cedera di Tel Aviv

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap Houthi, Yahya Saree.
  • Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.
  • Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.
  • Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.

Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedang membuka siasatan untuk mengetahui mengapa sistem pertahanan udara negara itu tidak diaktifkan untuk memintas dron tersebut.

Tentera Israel turut berkata bahawa tentera udaranya meningkatkan rondaan di ruang udara negara itu sambil siasatan serangan dron di Tel Aviv itu diteruskan – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending