Connect with us

Antarabangsa

Jangan masuk ‘perangkap AS’ – Yaman beri amaran kepada Arab Saudi

Pemimpin gerakan penentangan Ansarallah, Abdul Malik al-Houthi pada Ahad memberi amaran kepada Arab Saudi supaya tidak “bersekongkol” dengan Amerika Syarikat (AS) dan Britain (UK) untuk mengambil “langkah agresif” terhadap Sanaa dan menyokong Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pemimpin gerakan penentangan Ansarallah, Abdul Malik al-Houthi.
  • Pemimpin gerakan penentangan Ansarallah, Abdul Malik al-Houthi pada Ahad memberi amaran kepada Arab Saudi supaya tidak “bersekongkol” dengan Amerika Syarikat (AS) dan Britain (UK) untuk mengambil “langkah agresif” terhadap Sanaa dan menyokong Israel.
  • “Arab Saudi mesti sedar bahawa langkah mereka yang tidak bertanggungjawab dan bodoh tidak boleh diterima, dan mereka mesti tinggalkan jalan menyesatkan ini.
  • “AS telah menghantar mesej kepada kami bahawa ia akan mendorong rejim Saudi untuk mengambil langkah agresif (terhadap kami), dan terdapat kunjungan dari Amerika ke Arab Saudi untuk tujuan itu.
  • “Orang Amerika mahu melibatkan Arab Saudi dalam peperangan menyeluruh, bermakna keadaan kami (dan Arab Saudi) akan kembali seperti kemuncak peningkatan ketegangan,” kata Houthi dalam ucapannya pada Ahad dipetik The Cradle.
  • Beliau menegaskan rakyat Yaman “bertahan kerana mereka percaya adanya pertempuran penting dengan diutamakan perjuangan Palestin berbanding perjuangan mereka sendiri”.
  • “Orang Amerika sedang cuba memerangkap kamu (Arab Saudi), dan jika kamu mahukannya, maka cubalah. Jika kamu mahu kebaikan untuk diri sendiri dan kestabilan untuk negara dan ekonomi kamu, hentikan konspirasi kamu terhadap negara kami,” kata Houthi.

Pemimpin gerakan penentangan Ansarallah, Abdul Malik al-Houthi pada Ahad memberi amaran kepada Arab Saudi supaya tidak “bersekongkol” dengan Amerika Syarikat (AS) dan Britain (UK) untuk mengambil “langkah agresif” terhadap Sanaa dan menyokong Israel.

“Arab Saudi mesti sedar bahawa langkah mereka yang tidak bertanggungjawab dan bodoh tidak boleh diterima, dan mereka mesti tinggalkan jalan menyesatkan ini.

“AS telah menghantar mesej kepada kami bahawa ia akan mendorong rejim Saudi untuk mengambil langkah agresif (terhadap kami), dan terdapat kunjungan dari Amerika ke Arab Saudi untuk tujuan itu.

“Orang Amerika mahu melibatkan Arab Saudi dalam peperangan menyeluruh, bermakna keadaan kami (dan Arab Saudi) akan kembali seperti kemuncak peningkatan ketegangan,” kata Houthi dalam ucapannya pada Ahad dipetik The Cradle.

Pemimpin Houthi itu menegaskan rakyat Yaman “bertahan kerana mereka percaya adanya pertempuran penting dengan diutamakan perjuangan Palestin berbanding perjuangan mereka sendiri”.

“Orang Amerika sedang cuba memerangkap kamu (Arab Saudi), dan jika kamu mahukannya, maka cubalah. Jika kamu mahu kebaikan untuk diri sendiri dan kestabilan untuk negara dan ekonomi kamu, hentikan konspirasi kamu terhadap negara kami.

“Langkah untuk meningkatkan ketegangan terhadap negara kami adalah sesuatu yang kami tidak boleh terima,” kata Houthi.

Houthi turut memberi amaran kepada Riyadh bahawa terjatuh dalam perangkap ini satu kesilapan dan kegagalan besar selain menjadi hak mereka untuk menentang sebarang langkah agresif.

“Jika kamu terlibat, peningkatan (balasan) kami akan lebih besar dan jangan bergantung kepada orang Amerika; mereka adalah kegagalan,” katanya.

Ucapan Houthi menyusul selepas perbincangan pelepasan tahanan ditaja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) antara Sanaa dan Majlis Kepimpinan Presiden (PLC) yang dilantik Arab Saudi di Oman. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Dron baharu Houthi berjaya lepasi radar zionis, seorang maut, 10 cedera di Tel Aviv

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap Houthi, Yahya Saree.
  • Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.
  • Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.
  • Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.

Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedang membuka siasatan untuk mengetahui mengapa sistem pertahanan udara negara itu tidak diaktifkan untuk memintas dron tersebut.

Tentera Israel turut berkata bahawa tentera udaranya meningkatkan rondaan di ruang udara negara itu sambil siasatan serangan dron di Tel Aviv itu diteruskan – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending