Connect with us

Terkini

Media didakwa selalu ‘takutkan’ bukan Melayu dengan sentimen antara punca Islam terus dihina

Laporan media yang memainkan sentimen menakut-nakutkan kelompok bukan Melayu didakwa antara faktor mengapa kes menghina atau memperlekehkan agama Islam tidak reda di Malaysia, sekali gus membangkitkan rasa tidak senang dalam kalangan Muslim.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto : Pengerusi PEMBELA, Lukman Sheriff Alias
Foto : Pengerusi PEMBELA, Lukman Sheriff Alias.
  • Laporan media yang memainkan sentimen menakut-nakutkan kelompok bukan Melayu didakwa antara faktor mengapa kes menghina atau memperlekehkan agama Islam tidak reda di Malaysia, sekali gus membangkitkan rasa tidak senang dalam kalangan Muslim.
  • Peguam yang juga Pengerusi PEMBELA, Lukman Sheriff Alias berkata situasi itu menyebabkan kelompok bukan Melayu atau bukan Muslim sentiasa merasakan mereka disekat atas dasar kaum, walaupun realitinya bukan sebegitu.
  • “Gaya macam ramai seperti (kes) pemandu (pemandu e-hailing hina Islam) berada dalam racial siege mindset (minda terkepung perkauman). 
  • “Mereka rasa begitu akibat antara lain media-media yang selalu menakut-nakutkan kaum bukan Melayu. 
  • “Jadi mereka selalu merasa mereka sentiasa disekat atas dasar kaum walaupun realiti tidak begitu… Minum arak contohnya tidak dilarang ke atas bukan Muslim tetapi prejudisnya membuat ia rasa begitu,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Rabu.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang video tular baru-baru ini yang memaparkan pemandu e-hailing berbangsa Cina dikecam di media sosial kerana didakwa memburukkan Islam dan Malaysia dihadapan pelancong dari England ketika mereka menggunakan perkhidmatannya.
  • “Kenyataan (pemandu e-hailing) sebegini akan memberi tanggapan amat buruk dan negatif bukan sahaja terhadap Islam dan Muslim di sini, tetapi juga bagi Malaysia keseluruhannya. Ia bakal menakutkan pelancong-pelancong datang ke Malaysia,” kata Lukman Sheriff.

KUALA LUMPUR — Laporan media yang memainkan sentimen menakut-nakutkan kelompok bukan Melayu didakwa antara faktor mengapa kes menghina atau memperlekehkan agama Islam tidak reda di Malaysia, sekali gus membangkitkan rasa tidak senang dalam kalangan Muslim.

Peguam yang juga Pengerusi PEMBELA, Lukman Sheriff Alias berkata situasi itu menyebabkan kelompok bukan Melayu atau bukan Muslim sentiasa merasakan mereka disekat atas dasar kaum, walaupun realitinya bukan sebegitu.

Beliau berkata sebagai contoh larangan minum arak yang tidak dikenakan ke atas bukan Muslim, bagaimanapun rasa prejudis atau perasaan tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama dan sebagainya membuatkan kelompok itu merasakan mereka turut dilarang daripada minum arak.

“Susah nak kata (mengapa kes Islam dihina terus berlaku di Malaysia). 

“Gaya macam ramai seperti (kes) pemandu (pemandu e-hailing hina Islam) berada dalam racial siege mindset (minda terkepung perkauman). 

“Mereka rasa begitu akibat antara lain media-media yang selalu menakut-nakutkan kaum bukan Melayu. 

“Jadi mereka selalu merasa mereka sentiasa disekat atas dasar kaum walaupun realiti tidak begitu… Minum arak contohnya tidak dilarang ke atas bukan Muslim tetapi prejudisnya membuat ia rasa begitu,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang video tular baru-baru ini yang memaparkan pemandu e-hailing berbangsa Cina dikecam di media sosial kerana didakwa memburukkan Islam dan Malaysia di hadapan pelancong dari England ketika mereka menggunakan perkhidmatannya.

Berdasarkan video dirakam pelancong asing tersebut, lelaki berbangsa Cina tersebut mendakwa tidak adil baginya apabila rakyat daripada agama lain diminta mengikuti peraturan-peraturan agama Islam.

Pemandu e-hailing itu juga mendakwa negara ini tidak mempunyai hiburan seolah-olah seperti menetap di dalam hutan selain arak dan judi juga ‘disekat’ berikutan kelompok Muslim tidak melakukannya.

Mengulas lanjut tentang sama ada tindakan memperlekehkan Islam adalah disebabkan penganut agama lain sebenarnya tidak memahami dan tidak difahamkan tentang bagaimana ajaran Islam, Lukman berkata kemungkinan ia berlaku disebabkan terdapat pelbagai faktor dari kejahilan tentang Islam yang membawa kepada Islamofobia.

Katanya, pemandu e-hailing itu juga berkemungkinan tiada kawan rapat beragama Islam untuk membolehkan dia menilai amalan di Malaysia yang cukup toleran atau sedia menerima pendapat orang lain yang berbeza pendirian dengannya.

“Adalah sungguh tidak wajar kenyataan kebencian dan palsu sedemikian diluahkan kepada pelancong asing yang tidak tahu menahu tentang negara kita. 

“Kenyataan sebegini akan memberi tanggapan amat buruk dan negatif bukan sahaja terhadap Islam dan Muslim di sini, tetapi juga bagi Malaysia keseluruhannya. Ia bakal menakutkan pelancong-pelancong datang ke Malaysia,” kata Lukman Sheriff. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author