Connect with us

Antarabangsa

Maldives sekat kemasukan warga Israel

Kerajaan Maldives mengharamkan warga Israel dari memasuki negara kepulauan Lautan Hindi majoriti Muslim terkenal itu ketika kemarahan penduduknya meningkat ekoran perang di Gaza.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Maldives, Mohamed Muizzu.
  • Kerajaan Maldives mengharamkan warga Israel dari memasuki negara kepulauan Lautan Hindi majoriti Muslim terkenal itu ketika kemarahan penduduknya meningkat ekoran perang di Gaza.
  • Presiden Maldives, Mohamed Muizzu “memutuskan untuk mengenakan larangan ke atas pasport Israel,” kata jurucakap pejabatnya dalam satu kenyataan dipetik Al Jazeera tanpa memberikan butiran lanjut bila undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa.
  • Muizzu turut mengumumkan kempen pengumpulan dana kebangsaan dipanggil “Maldives in Solidariti with Palestine.” 
  • Hampir 11,000 warga Israel melawat Maldives tahun lalu iaitu 0.6 peratus daripada jumlah ketibaan pelancong.
  • Data rasmi menunjukkan bilangan warga Israel melawat Maldives menurun kepada 528 dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, menurun 88 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Kerajaan Maldives mengharamkan warga Israel dari memasuki negara kepulauan Lautan Hindi majoriti Muslim terkenal itu ketika kemarahan penduduknya meningkat ekoran perang di Gaza.

Presiden Maldives, Mohamed Muizzu “memutuskan untuk mengenakan larangan ke atas pasport Israel,” kata jurucakap pejabatnya dalam satu kenyataan dipetik Al Jazeera tanpa memberikan butiran lanjut bila undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa.

Muizzu turut mengumumkan kempen pengumpulan dana kebangsaan dipanggil “Maldives in Solidariti with Palestine.” 

Hampir 11,000 warga Israel melawat Maldives tahun lalu iaitu 0.6 peratus daripada jumlah ketibaan pelancong.

Data rasmi menunjukkan bilangan warga Israel melawat Maldives menurun kepada 528 dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, menurun 88 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Parti pembangkang dan sekutu kerajaan di Maldives memberi tekanan kepada Muizzu untuk melarang kemasukan warga Israel sebagai tanda protes terhadap kekejaman di Gaza.

Sekurang-kurangnya 36,439 rakyat Palestin terbunuh dan 82,627 cedera dalam konflik sejak 7 Oktober tahun lalu. – The Merdeka Times

Author