Connect with us

Terkini

Isu stoking kalimah Allah: Status representasi KK Supermart diketahui 15 Julai

Status representasi Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isteri Datin Seri Loh Siew Mui untuk menarik balik semua pertuduhan ke atas mereka diketahui 15 Julai ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan (kanan) dan isteri Datin Seri Loh Siew Mui (kiri).
  • Status representasi Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isteri Datin Seri Loh Siew Mui untuk menarik balik semua pertuduhan ke atas mereka diketahui 15 Julai ini.
  • Hakim Muhamad Anas Mahadzir menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Azreem Mamat memaklumkan representasi dikemukakan pihak pembelaan pada 17 Mei lepas itu masih diteliti Jabatan Peguam Negara (AGC).
  • Chai, 57 dan Loh, 53, sebelum ini mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan berniat dengan sengaja melukakan perasaan orang Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran jualan kedai serbaneka itu di cawangan Bandar Sunway pada 6.30 pagi, 13 Mac lepas.

SHAH ALAM — Status representasi Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isteri Datin Seri Loh Siew Mui untuk menarik balik semua pertuduhan ke atas mereka diketahui 15 Julai ini.

Hakim Muhamad Anas Mahadzir menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat memaklumkan representasi dikemukakan pihak pembelaan pada 17 Mei lepas itu masih diteliti Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Semua tertuduh telah mengemukakan representasi kepada AGC dan ia telah diterima pada 26 Mei lepas. Bagi menimbang dan mengkaji representasi itu, pendakwaan memohon tarikh baharu.

“Sekiranya tidak dibantah oleh pihak pembelaan, kami mencadangkan pada 15 Julai depan,” katanya pada prosiding berkenaan semalam.

Peguam Datuk Rajpal Singh yang mewakili kedua-dua tertuduh pada prosiding semalam tidak membantah permohonan pendakwaan itu.

Chai, 57 dan Loh, 53, sebelum ini mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan berniat dengan sengaja melukakan perasaan orang Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran jualan kedai serbaneka itu di cawangan Bandar Sunway pada 6.30 pagi, 13 Mac lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda, atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, ketika ditemui selepas prosiding pada Isnin peguam Lau Yi Leong yang mewakili Syarikat pembekal Xin Jian Chang Sdn Bh bersama tiga pengarahnya, yang mengedar barangan kepada KK Super Mart, turut akan mengetahui status representasi pada tarikh sama, atas pertuduhan bersubahat mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah.

Pada 26 Mac lepas, Xin Jian Chang dan tiga pengarah syarikat pembekal berkenaan iaitu Soh Chin Huat, 61; Goh Li Huay, 62; dan Soh Hui San, 36; mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca secara berasingan dalam Bahasa Melayu dan Mandarin, di hadapan Hakim, Muhamad Anas Mahadzir. —  BERNAMA

Author

Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending