Terkini
Kolumnis Malaysiakini dakwa UiTM amal aparteid dirujuk Pejabat Peguam Negara – Ketua Polis Negara
Kertas siasatan ke atas kolumnis Malaysiakini, Andrew Sia berhubung penulisannya yang mendakwa Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengamalkan sistem ‘apartheid’ sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Selasa.
- Kertas siasatan ke atas kolumnis Malaysiakini, Andrew Sia berhubung penulisannya yang mendakwa Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengamalkan sistem ‘apartheid’ sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Selasa.
- Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata tindakan berkenaan diambil selepas pihaknya selesai mengambil keterangan Andrew.
- “Kertas siasatan dilengkapkan dan dirujuk kepada pejabat AGC pada 4 Jun (semalam).
- “Kita masih menunggu arahan lanjut berkaitan kes itu,” katanya dipetik Berita Harian di sini hari ini.
- Razarudin pada 27 Mei lalu dilaporkan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 60 laporan polis membabitkan isu berkenaan di seluruh negara.
- Beliau sebelum ini dilaporkan mengesahkan polis membuka kertas siasatan ke atas Andrew, 57, berhubung penulisannya itu selepas 14 laporan polis diterima berkenaan penulisan kolumnis bertajuk Our Apartheid Academy, UiTM yang difahamkan dimuat naik di Malaysiakini.
KUALA LUMPUR — Kertas siasatan ke atas kolumnis Malaysiakini, Andrew Sia berhubung penulisannya yang mendakwa Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengamalkan sistem ‘apartheid’ sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Selasa.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata tindakan berkenaan diambil selepas pihaknya selesai mengambil keterangan Andrew.
“Kertas siasatan dilengkapkan dan dirujuk kepada pejabat AGC pada 4 Jun (semalam).
“Kita masih menunggu arahan lanjut berkaitan kes itu,” katanya dipetik Berita Harian di sini hari ini.
Razarudin pada 27 Mei lalu dilaporkan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 60 laporan polis membabitkan isu berkenaan di seluruh negara.
Beliau sebelum ini dilaporkan mengesahkan polis membuka kertas siasatan ke atas Andrew, 57, berhubung penulisannya itu selepas 14 laporan polis diterima berkenaan penulisan kolumnis bertajuk Our Apartheid Academy, UiTM yang difahamkan dimuat naik di Malaysiakini.
Media melaporkan laporan pertama diterima adalah daripada ketua penerangan parti politik berusia 37 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Andrew memberi komen berkenaan protes pelajar Bumiputera ke atas beberapa pelajar bukan Bumiputra yang diterima masuk bagi jurusan pembedahan kardiotorasik di UiTM.
Difahamkan, isu kemasukan UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera menjadi perbincangan susulan Anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan ‘Parallel Pathway’ bukan Bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).
Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan Bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. — The Merdeka Times
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times