Connect with us

Terkini

Johor tubuh jawatankuasa bertindak tangani penyalahgunaan kalimah Allah

Satu jawatankuasa bertindak ditubuhkan di peringkat negeri Johor bagi menangani isu berkaitan penyalahgunaan kalimah Allah.

Avatar

Published

on

Foto: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid (kiri) & Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (kanan).
  • Satu jawatankuasa bertindak ditubuhkan di peringkat negeri Johor bagi menangani isu berkaitan penyalahgunaan kalimah Allah.
  • Penubuhan Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Penyalahgunaan Kalimah Allah diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid dalam satu kenyataan bersama semalam.
  • Jawatankuasa itu dipengerusikan Mohd Fared dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.
  • Sebelum ini, JAINJ merampas 11 alas kaki tertera gambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat susulan aduan orang awam.
  • Pada Mac lalu, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Mart) menjadi tumpuan susulan pembongkaran beberapa pasang stoking tertera kalimah Allah dijual di sebuah rangkaian kedainya.
  • Tidak beberapa lama selepas itu, tular dalam laman sosial berhubung kes tulisan didakwa menyerupai kalimah Allah pada tapak kasut wanita.

KUALA LUMPUR – Satu jawatankuasa bertindak ditubuhkan di peringkat negeri Johor bagi menangani isu berkaitan penyalahgunaan kalimah Allah.

Penubuhan Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Penyalahgunaan Kalimah Allah diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid dalam satu kenyataan bersama semalam.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Mohd Fared dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

Kenyataan itu berkata semua Dewan Perniagaan, Persatuan Perdagangan Dan Kumpulan Industri hendaklah memberikan komitmen tinggi supaya isu sama tidak berulang.

“Kempen kesedaran masyarakat dalam menjaga kepentingan memelihara kehormatan hidup masyarakat berbilang kaum hendaklah sentiasa disuburkan.

“Ini tanpa menidakkan pemantauan berterusan dari semua agensi penguatkuasaan sama ada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,” katanya kenyataan bersama itu.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa kerajaan memandang serius terhadap beberapa insiden yang berlaku sejak kebelakangan ini melibatkan sensitiviti umat Islam. 

Katanya, ia semakin membimbangkan kerana menggugat keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. 

“Ia bermula dengan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang dijual oleh pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, isu logo kasut yang didakwa mirip kalimah Allah yang dijual oleh pihak Vern’s Holding Sdn Bhd dan yang terkini isu penjualan sejadah mini dengan tanda label yang mengelirukan dijual di AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON Big) yang dibekalkan oleh A&R Fashion Collection (A&R).

“Perkara ini telah diambil tindakan sewajarnya oleh pihak polis terhadap pihak-pihak yang terlibat berlandaskan undang-undang di negara ini.

“Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu-isu sebegini di masa akan datang,” katanya. 

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) merampas 11 alas kaki tertera gambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat susulan aduan orang awam.

Pada Mac lalu, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Mart) menjadi tumpuan susulan pembongkaran beberapa pasang stoking tertera kalimah Allah dijual di sebuah rangkaian kedainya.

Tidak beberapa lama selepas itu, tular dalam laman sosial berhubung kes tulisan didakwa menyerupai kalimah Allah pada tapak kasut wanita. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending