Connect with us

Antarabangsa

Iklan Coca-Cola Bangladesh ‘nafi hubungan dengan Israel’ dikecam

Iklan 60 saat Coca-Cola Bangladesh mengundang kecaman terhadap syarikat minuman gergasi itu atas usahanya untuk ‘membersihkan diri” dari rejim Israel di tengah-tengah perang ke atas Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Iklan 60 saat Coca-Cola Bangladesh mengundang kecaman terhadap syarikat minuman gergasi itu atas usahanya untuk ‘membersihkan diri” dari rejim Israel di tengah-tengah perang ke atas Gaza.
  • Laporan media tempatan mengatakan jualan Coca-Cola di Bangladesh merosot kira-kira 23 peratus sejak serangan kejam Israel ke atas wilayah konflik itu bermula.
  • Dalam cubaan terbarunya untuk meningkatkan jualan, syarikat itu pada Ahad mengeluarkan iklan televisyen dan media sosial bertujuan menghapuskan ‘maklumat salah’’ bahawa Coca-Cola adalah produk Israel.
  • Al Jazeera melaporkan perkara itu disampaikan dengan alasan bahawa minuman tersebut “telah dinikmati selama 138 tahun oleh orang ramai di 190 negara”.
  • Sebaik sahaja disiarkan, kemarahan mula muncul dari dalam dan luar talian, dengan ramai warga Bangladesh mengecam “ketidakpekaan” dan ketidaktepatan iklan tersebut. 

Iklan 60 saat Coca-Cola Bangladesh mengundang kecaman terhadap syarikat minuman gergasi itu atas usahanya untuk ‘membersihkan diri” dari rejim Israel di tengah-tengah perang ke atas Gaza.

Laporan media tempatan mengatakan jualan Coca-Cola di Bangladesh merosot kira-kira 23 peratus sejak serangan kejam Israel ke atas wilayah konflik itu bermula.

Dalam cubaan terbarunya untuk meningkatkan jualan, syarikat itu pada Ahad mengeluarkan iklan televisyen dan media sosial bertujuan menghapuskan ‘maklumat salah’’ bahawa Coca-Cola adalah produk Israel.

Al Jazeera melaporkan perkara itu disampaikan dengan alasan bahawa minuman tersebut “telah dinikmati selama 138 tahun oleh orang ramai di 190 negara”.

Sebaik sahaja disiarkan, kemarahan mula muncul dari dalam dan luar talian dengan ramai warga Bangladesh mengecam “ketidakpekaan” dan ketidaktepatan iklan tersebut. 

Pengeluar minuman bergas itu telah lama terperangkap dalam konflik Timur Tengah di mana dari 1967 hingga 1991, Coke secara rasmi diboikot Liga Arab kerana membina kilang di Israel.

Parlimen Turkiye pada November mengundi untuk mengeluarkan minuman itu dari kedai dan restoran di kawasan parlimennya dan pengedar Coca-Cola Turkiye melaporkan penurunan jualan sebanyak 22 peratus pada suku terakhir 2023. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Dron baharu Houthi berjaya lepasi radar zionis, seorang maut, 10 cedera di Tel Aviv

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap Houthi, Yahya Saree.
  • Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.
  • Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.
  • Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.

Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedang membuka siasatan untuk mengetahui mengapa sistem pertahanan udara negara itu tidak diaktifkan untuk memintas dron tersebut.

Tentera Israel turut berkata bahawa tentera udaranya meningkatkan rondaan di ruang udara negara itu sambil siasatan serangan dron di Tel Aviv itu diteruskan – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending