Connect with us

Terkini

Gagal bukti dipaksa tukar agama, wanita & tiga anak tidak berjaya cabar status Islam

Seorang wanita berusia 56 tahun gagal membatalkan status pemelukan Islam didakwa dilakukan bekas suaminya secara tidak sah 34 tahun lalu selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain menolak kes difailkan wanita itu yang turut membawa tiga anaknya sebagai plaintif.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang wanita berusia 56 tahun gagal membatalkan status pemelukan Islam didakwa dilakukan bekas suaminya secara tidak sah 34 tahun lalu selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain menolak kes difailkan wanita itu yang turut membawa tiga anaknya sebagai plaintif.
  • Dalam samannya di mahkamah, plaintif pertama (wanita terbabit) berhujah dia memeluk Islam secara tidak sah dan menyalahi undang-undang kerana tidak pernah melafazkan syahadah seperti dikehendaki di bawah Seksyen 85 dan Seksyen 86 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993. 
  • Roz Mawar berkata Mahkamah Syariah berpendapat plaintif pertama telah diajar dua kalimah syahadah dan penukaran agamanya didaftarkan sewajarnya dengan PERKIM mengeluarkan sijil penukaran kepadanya. 
  • Hakim berkata kes ini boleh dibezakan daripada kes terdahulu membabitkan Rosliza Ibrahim kerana tiada bukti bahawa Rosliza pernah menganut agama Islam. 
  • “Sebaliknya, keterangan di sini menunjukkan bahawa plaintif pertama mengesahkan pada afidavit dalam prosiding perceraiannya di Mahkamah Syariah bahawa dia seorang Islam,” katanya.
  • Roz Mawar berkata Mahkamah Syariah telah mempertimbangkan dakwaan plaintif pertama bahawa penukaran agamanya adalah secara tidak sengaja dan dilakukan melalui penipuan oleh bekas suaminya. 
  • “Hakim perbicaraan secara khusus mendapati bahawa plaintif gagal mengemukakan bukti untuk menunjukkan penukaran agamanya dipengaruhi oleh cara kekerasan, paksaan, penipuan atau salah nyata,” katanya.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita berusia 56 tahun gagal membatalkan status pemelukan Islam didakwa dilakukan bekas suaminya secara tidak sah 34 tahun lalu selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain menolak kes difailkan wanita itu yang turut membawa tiga anaknya sebagai plaintif.

Mereka menamakan Pengerusi Tetap Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Selangor sebagai defendan.

Dalam samannya di mahkamah, plaintif pertama (wanita terbabit) berhujah dia memeluk Islam secara tidak sah dan menyalahi undang-undang kerana tidak pernah melafazkan syahadah seperti dikehendaki di bawah Seksyen 85 dan Seksyen 86 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993. 

Alasan plaintif pertama ialah mereka tidak pernah beragama Islam pada mulanya dan sentiasa mengamalkan agama Hindu pada setiap masa.

Roz Mawar dalam penghakimannya berkata keputusan Mahkamah Tinggi Syariah bahawa pertukaran plaintif pertama kepada Islam dilakukan dengan betul berdasarkan bukti dokumen dan keterangan saksi. 

Beliau berkata Mahkamah Syariah juga berpendapat plaintif pertama telah diajar dua kalimah syahadah dan penukaran agamanya didaftarkan sewajarnya dengan PERKIM mengeluarkan sijil penukaran kepadanya. 

Hakim berkata kes ini boleh dibezakan daripada kes terdahulu membabitkan Rosliza Ibrahim kerana tiada bukti bahawa Rosliza pernah menganut agama Islam. 

“Sebaliknya, keterangan di sini menunjukkan bahawa plaintif pertama mengesahkan pada afidavit dalam prosiding perceraiannya di Mahkamah Syariah bahawa dia seorang Islam. 

“Tidak seperti Rosliza, plaintif pertama di sini telah membuat beberapa pengesahan statusnya sebagai seorang Islam dan telah menyerahkan dirinya kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah, yang telah memutuskan perkara itu. 

“Justeru, mahkamah ini mendapati kes Rosliza Ibrahim tidak membantu plaintif,” katanya dipetik Berita Harian dalam penghakiman bertarikh semalam. 

Roz Mawar berkata Mahkamah Syariah telah mempertimbangkan dakwaan plaintif pertama bahawa penukaran agamanya adalah secara tidak sengaja dan dilakukan melalui penipuan oleh bekas suaminya. 

“Hakim perbicaraan secara khusus mendapati bahawa plaintif gagal mengemukakan bukti untuk menunjukkan penukaran agamanya dipengaruhi oleh cara kekerasan, paksaan, penipuan atau salah nyata,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *