Connect with us

Antarabangsa

AS labur 130 juta dolar untuk pembangunan Mesir

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) menerusi Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) dan Kementerian Kerjasama Antarabangsa mengumumkan perjanjian pendanaan dua hala daripada rakyatnya kepada Mesir berjumlah $130 juta.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan Amerika Syarikat (AS) melalui Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) dan Kementerian Kerjasama Antarabangsa mengumumkan perjanjian pendanaan dua hala daripada rakyatnya kepada Mesir berjumlah $130 juta.
  • “Saya berbesar hati untuk mengesahkan komitmen berterusan Kerajaan AS untuk mewujudkan peluang ekonomi dan menambah baik kehidupan rakyat Mesir,” kata Duta Besar AS, Herro Mustafa Garg.
  • “Dengan pembiayaan $130 juta daripada rakyat Amerika, kami membantu usaha Mesir bagi mencapai masa depan yang lebih cerah, sihat dan lebih makmur untuk generasi akan datang,” katanya lagi. 

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) menerusi Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) dan Kementerian Kerjasama Antarabangsa mengumumkan perjanjian pendanaan dua hala daripada rakyatnya kepada Mesir berjumlah $130 juta.

“Saya berbesar hati untuk mengesahkan komitmen berterusan Kerajaan AS untuk mewujudkan peluang ekonomi dan menambah baik kehidupan rakyat Mesir.

“Dengan pembiayaan $130 juta daripada rakyat Amerika, kami membantu usaha Mesir bagi mencapai masa depan yang lebih cerah, sihat dan lebih makmur untuk generasi akan datang,”  kata Duta Besar AS, Herro Mustafa Garg. 

Pelaburan itu dikatakan satu lagi komponen komitmen berterusan Amerika untuk memajukan secara bersama dalam sektor penting antara  AS-Mesir.

Dengan bantuan hampir $30 bilion sejak 1978, perkongsian dan program komprehensif USAID itu dikatakan sehaluan dengan strategi nasional Mesir dalam membangunkan ekonomi negara tersebut. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *