Connect with us

Antarabangsa

Sepanyol tidak benar kapal bawa senjata ke Israel berlabuh

Sepanyol tidak memberikan kebenaran kepada kapal membawa senjata ke Israel berlabuh di pelabuhannya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares.
  • Sepanyol tidak memberikan kebenaran kepada kapal membawa senjata ke Israel berlabuh di pelabuhannya.
  • Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares dilaporkan berkata demikian pada Khamis oleh TOI memetik agensi berita.
  • “Ini adalah kali pertama kami melakukan sedemikian kerana ia kali pertama kami mengesan kapal membawa senjata ke Israel yang mohon berlabuh di pelabuhan Sepanyol,” kata Albares kepada pemberita di Brussels.
  • Akhbar El Pais melaporkan kapal Marianne Danica dengan bendera Denmark itu membawa 27 tan bahan letupan dari Madras, India ke pelabuhan Haifa di Israel.

Sepanyol tidak memberikan kebenaran kepada kapal membawa senjata ke Israel berlabuh di pelabuhannya.

Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares dilaporkan berkata demikian pada Khamis oleh TOI memetik agensi berita.

“Ini adalah kali pertama kami melakukan sedemikian kerana ia kali pertama kami mengesan kapal membawa senjata ke Israel yang mohon berlabuh di pelabuhan Sepanyol,” kata Albares kepada pemberita di Brussels.

Beliau berkata keputusan penolakan berlabuh itu akan menjadi dasar konsisten kepada mana-mana kapal membawa senjata ke Israel.

“Kementerian Luar akan menolak kebenaran berlabuh secara sistematik atas sebab yang jelas itu. Timur Tengah tidak memerlukan lebih banyak senjata, ia perlu lebih aman,” katanya.

Menteri berkenaan tidak memberikan butiran lanjut mengenai kapal itu, namun Menteri Pengangkutan Sepanyol, Oscar Puente berkata kapal Marianne Danica telah memohon kebenaran berlabuh di pelabuhan Cartagena pada 21 Mei lalu.

Akhbar El Pais melaporkan kapal dengan bendera Denmark itu membawa 27 tan bahan letupan dari Madras, India ke pelabuhan Haifa di Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *