Antarabangsa
Sepanyol tidak benar kapal bawa senjata ke Israel berlabuh
Sepanyol tidak memberikan kebenaran kepada kapal membawa senjata ke Israel berlabuh di pelabuhannya.
- Sepanyol tidak memberikan kebenaran kepada kapal membawa senjata ke Israel berlabuh di pelabuhannya.
- Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares dilaporkan berkata demikian pada Khamis oleh TOI memetik agensi berita.
- “Ini adalah kali pertama kami melakukan sedemikian kerana ia kali pertama kami mengesan kapal membawa senjata ke Israel yang mohon berlabuh di pelabuhan Sepanyol,” kata Albares kepada pemberita di Brussels.
- Akhbar El Pais melaporkan kapal Marianne Danica dengan bendera Denmark itu membawa 27 tan bahan letupan dari Madras, India ke pelabuhan Haifa di Israel.
Sepanyol tidak memberikan kebenaran kepada kapal membawa senjata ke Israel berlabuh di pelabuhannya.
Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares dilaporkan berkata demikian pada Khamis oleh TOI memetik agensi berita.
“Ini adalah kali pertama kami melakukan sedemikian kerana ia kali pertama kami mengesan kapal membawa senjata ke Israel yang mohon berlabuh di pelabuhan Sepanyol,” kata Albares kepada pemberita di Brussels.
Beliau berkata keputusan penolakan berlabuh itu akan menjadi dasar konsisten kepada mana-mana kapal membawa senjata ke Israel.
“Kementerian Luar akan menolak kebenaran berlabuh secara sistematik atas sebab yang jelas itu. Timur Tengah tidak memerlukan lebih banyak senjata, ia perlu lebih aman,” katanya.
Menteri berkenaan tidak memberikan butiran lanjut mengenai kapal itu, namun Menteri Pengangkutan Sepanyol, Oscar Puente berkata kapal Marianne Danica telah memohon kebenaran berlabuh di pelabuhan Cartagena pada 21 Mei lalu.
Akhbar El Pais melaporkan kapal dengan bendera Denmark itu membawa 27 tan bahan letupan dari Madras, India ke pelabuhan Haifa di Israel. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
- Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
- Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.
“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.
Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.
Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.
Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times
-
Kolumnis3 days ago
Kenapa negeri lain perlu memasukkan kuasa Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri?
-
Terkini4 days ago
China tuntut Malaysia segera hentikan aktiviti di perairan kaya minyak berhampiran Sarawak
-
Terkini4 days ago
Kezaliman, fasisme berlaku jika ‘tangan’ majoriti perintah negara kenyataan fitnah berniat jahat – MP PKR
-
Antarabangsa3 days ago
Harta benda komuniti Muslim di Telangana diserang dan dibakar perusuh