Connect with us

Antarabangsa

Kebakaran serangan kem Rafah “tidak dijangka dan tidak disengajakan” – Israel

Tentera rejim Israel mendakwa serangan maut pada Ahad ke atas kem perlindungan berhampiran Rafah adalah “serangan bersasar” terhadap kompaun perumahan anggota Hamas dan kebakaran terhasil “tidak dijangka dan tidak disengajakan”.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari.
  • Tentera rejim Israel mendakwa serangan maut pada Ahad ke atas kem perlindungan berhampiran Rafah adalah “serangan bersasar” terhadap kompaun perumahan anggota Hamas dan kebakaran terhasil “tidak dijangka dan tidak disengajakan”.
  • Serangan itu mengorbankan 45 warga Palestin apabila api marak dengan pantas merebak ke khemah berhampiran sehingga perkhemahan di kawasan Tal as-Sultan musnah dan rebah ke bumi.
  • Serangan itu mendapat kecaman meluas antarabangsa dan mencetuskan protes di seluruh dunia.
  • Jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari dalam satu kenyataan video pada Selasa berkata tentera sedang “menyiasat apa yang menyebabkan kebakaran” itu dan membuat spekulasi bahawa mungkin terdapat stor senjata sebelah perkarangan itu.
  • “Amunisi kami sahaja tidak mungkin menyalakan api sebesar ini. Saya mahu mengulanginya, peluru kami sahaja tidak mungkin menyalakan api sebesar ini,” katanya dipetik Al Jazeera.

Tentera rejim Israel mendakwa serangan maut pada Ahad ke atas kem perlindungan berhampiran Rafah adalah “serangan bersasar” terhadap kompaun perumahan anggota Hamas dan kebakaran terhasil “tidak dijangka dan tidak disengajakan”.

Serangan itu mengorbankan 45 warga Palestin apabila api marak dengan pantas merebak ke khemah berhampiran sehingga perkhemahan di kawasan Tal as-Sultan musnah dan rebah ke bumi.

Serangan itu mendapat kecaman meluas antarabangsa dan mencetuskan protes di seluruh dunia.

Jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari dalam satu kenyataan video pada Selasa berkata tentera sedang “menyiasat apa yang menyebabkan kebakaran” itu dan membuat spekulasi bahawa mungkin terdapat stor senjata sebelah perkarangan itu.

“Amunisi kami sahaja tidak mungkin menyalakan api sebesar ini. Saya mahu mengulanginya, peluru kami sahaja tidak mungkin menyalakan api sebesar ini,” katanya dipetik Al Jazeera.

Terdahulu, serangan ke atas kem perkhemahan Tal as-Sultan di Rafah membunuh 45 rakyat Palestin. Serangan itu mencetuskan api yang merebak dengan cepat, sekaligus memusnahkan kawasan perkhemahan itu. – The Merdeka Times

 

Author