Connect with us

Terkini

Gunakan konsep ‘Hilf Al-Fudul’ untuk selesaikan isu kemanusiaan global – Mohd Na’im

Konsep pakatan Hilf al-Fudul, yang mewujudkan keperluan bagi memastikan keadilan untuk semua melalui tindakan kolektif, harus diguna pakai sebagai asas bagi menangani isu kemanusiaan global, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
  • Berucap pada Sidang Kemuncak Perundingan Muslim Sedunia di Istanbul, Turkiye, hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pakatan ditubuhkan pada zaman Nabi Muhammad untuk membela yang lemah dan tidak bersalah terhadap mereka lebih berkuasa, masih relevan terutama dalam mempertahankan rakyat Gaza yang ditindas.
  • “Pada ketika kita bersatu di persidangan ini, marilah kita menyalurkan tenaga kolektif kita ke arah memupuk dunia, di mana keadilan bukan sahaja ideal tetapi realiti untuk setiap manusia yang ditindas dan bersengketa,” katanya dipetik dalam video ucapannya yang dimuat naik di laman Facebook, hari ini.
  • Bagi merealisasikan adaptasi Hilf al-Fudul dalam dunia moden, Mohd Na’im mencadangkan pembentukan dana bantuan kemanusiaan sejagat, yang boleh diakses semua rantau dilanda konflik, rangka kerja penyelesaian konflik global yang inklusif yang memanfaatkan prinsip keadilan dan perantaraan dalam Islam, serta sistem pendidikan dan advokasi antarabangsa untuk memupuk budaya kerjasama dalam keamanan.

KUALA LUMPUR — Konsep pakatan Hilf al-Fudul, yang mewujudkan keperluan bagi memastikan keadilan untuk semua melalui tindakan kolektif, harus diguna pakai sebagai asas bagi menangani isu kemanusiaan global, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Berucap pada Sidang Kemuncak Perundingan Muslim Sedunia di Istanbul, Turkiye, hari ini, Mohd Na’im berkata pakatan yang ditubuhkan pada zaman Nabi Muhammad untuk membela yang lemah dan tidak bersalah terhadap mereka yang lebih berkuasa, masih relevan terutama dalam mempertahankan rakyat Gaza yang ditindas.

“Pada ketika kita bersatu di persidangan ini, marilah kita menyalurkan tenaga kolektif kita ke arah memupuk dunia, di mana keadilan bukan sahaja ideal tetapi realiti untuk setiap manusia yang ditindas dan bersengketa.

“Mari kita ingat bahawa kekuatan kita bukan hanya terletak pada kepercayaan kita yang sama, tetapi pada kemanusiaan juga,” katanya dipetik dalam video ucapannya yang dimuat naik di laman Facebook, hari ini.

Bagi merealisasikan adaptasi Hilf al-Fudul dalam dunia moden, Mohd Na’im mencadangkan pembentukan dana bantuan kemanusiaan sejagat, yang boleh diakses oleh semua rantau yang dilanda konflik, rangka kerja penyelesaian konflik global yang inklusif yang memanfaatkan prinsip keadilan dan perantaraan dalam Islam, serta sistem pendidikan dan advokasi antarabangsa untuk memupuk budaya kerjasama dalam keamanan.

“Kita juga mesti membentuk gabungan global, yang bukan sahaja memahami tetapi menjunjung prinsip Hilf al-Fudul. Melibatkan negara dari seluruh dunia bagi memastikan penyertaan dan sokongan menyeluruh,” katanya. — BERNAMA

Author

Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending