Terkini
Isu alas kaki gambar Kaabah: “Sangat memalukan sebagai orang tempatan tidak tahu rupa sejadah sebenar”
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan meneruskan siasatan terhadap laporan alas kaki tertera gambar Kaabah yang didakwa sejadah mini.
- Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan meneruskan siasatan terhadap laporan alas kaki tertera gambar Kaabah yang didakwa sejadah mini.
- Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata meskipun pihak pasar raya berkenaan mengeluarkan kenyataan bahawa ia sejadah mini, namun bimbang sikap tidak prihatin rangkaian pasar raya besar terkemuka terbabit.
- “Saya ucap terima kasih atas kenyataan itu tetapi saya hanya boleh mendengar saja. Tindakan lanjut saya akan meminta diteruskan siasatan, soal ada kes ataupun tak ada kes itu bukan bidang kuasa kita.
- “Polis juga sudah pun memulakan tindakan siasatannya ketika hari kejadian itu viral. Rampasan juga telah dibuat.
- “Kalau awak (pihak pasar raya) tahu sejadah itu mulia kenapa diletakkan sekali (bersama alas kaki). Saya ada gambar dan maklumatnya.
- “Namun kenyataan yang mereka keluarkan itu saya boleh dengar saja, sebagai agensi penguatkuasa dan agensi agama di negeri Johor saya akan bersifat bertanggungjawab kepada agama saya terlebih dulu sebelum saya menimbangkan keterangan itu,” katanya seperti dipetik Harian Metro hari ini.
KUALA LUMPUR — Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan meneruskan siasatan terhadap laporan alas kaki tertera gambar Kaabah yang didakwa sejadah mini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata meskipun pihak pasar raya berkenaan mengeluarkan kenyataan bahawa ia sejadah mini, namun bimbang sikap tidak prihatin rangkaian pasar raya besar terkemuka terbabit.
“Saya ucap terima kasih atas kenyataan itu tetapi saya hanya boleh mendengar saja. Tindakan lanjut saya akan meminta diteruskan siasatan, soal ada kes ataupun tak ada kes itu bukan bidang kuasa kita.
“Polis juga sudah pun memulakan tindakan siasatannya ketika hari kejadian itu viral. Rampasan juga telah dibuat.
“Kalau awak (pihak pasar raya) tahu sejadah itu mulia kenapa diletakkan sekali (bersama alas kaki). Saya ada gambar dan maklumatnya.
“Namun kenyataan yang mereka keluarkan itu saya boleh dengar saja, sebagai agensi penguatkuasa dan agensi agama di negeri Johor saya akan bersifat bertanggungjawab kepada agama saya terlebih dulu sebelum saya menimbangkan keterangan itu,” katanya seperti dipetik Harian Metro hari ini.
Mohd Fared yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Semerah berkata pihaknya meminta perbetulkan dakwaan bahawa kepingan itu adalah sejadah mini berikutan kedudukan Kaabah di sejadah itu berada ditempat tidak sepatutnya.
“Saya tidak pernah nampak sejadah yang gambar Kaabah di hujung-hujung ataupun separuh saja.
“Walaupun sejadah mestilah memperlihatkan rupa bentuk sejadah itu sendiri kalau dia ada gambar Kaabah letak di tengah-tengah, kalau tidak reti hendak reka bentuk jangan cuba untuk reka bentuk. Tanyalah JAINJ sebelum awak menjual ataupun bertanyalah kepada agensi kerajaan berkaitan agama,” katanya.
Mohd Fared berkata sensitiviti agama tidak hanya boleh dijelaskan dengan keterangan semata-mata di atas sekeping kertas kerana ia membabitkan kemuliaan agama itu sendiri dan perasaan semua umat Islam.
Katanya difahamkan sejadah tersebut juga dikeluarkan syarikat Bumiputera tempatan.
“Sangat memalukan sebagai orang tempatan yang tidak tahu rupa sejadah yang sebenar.
“Kita sangat berdukacita perkara ini selepas satu-satu jadi adakah ia disengajakan ataupun tidak saya tak boleh membuat sebarang keputusan tetapi sebagai exco agama kita akan memberikan penjelasan dan penerangan serta didikan kepada semua pihak. Kita akan memanggil mereka dan membuat sesi libat urus supaya tidak lagi berlaku perkara seperti ini.
“Sesi ini akan diadakan secepatnya. Hari ini akan ada kenyataan bersama Menteri Agama dan juga saya pertama kalinya dibuat ia adalah kenyataan yang bersifat tegas tetapi memberikan penjelasan kepada orang-orang Islam supaya bertenang dan menyerahkan semua tanggungjawab ini kepada badan-badan agama negeri dan pusat pada masa yang sama memberikan amaran kepada semua pihak supaya sentiasa menghormati sensitiviti umat Islam dan juga agama-agama lain,” katanya.
Terdahulu, AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON BiG) memaklumkan pihaknya menyedari perkongsian di media sosial berhubung sejadah mini yang dilabel secara tidak tepat sebagai alas pintu.
Ia selepas JAINJ merampas 11 alas kaki berkenaan di pasar raya itu susulan aduan orang awam. – The Merdeka Times
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times