Antarabangsa
Sinagog AS, Kanada jual tanah Palestin untuk penempatan haram
Beberapa rumah ibadat Yahudi (Sinagog) di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada mengadakan pertemuan tertutup penjualan hartanah milik rakyat Palestin mencetuskan kemarahan di seluruh AS.

- Beberapa rumah ibadat Yahudi (Sinagog) di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada mengadakan pertemuan tertutup penjualan hartanah milik rakyat Palestin mencetuskan kemarahan di seluruh AS.
- Salah satu mesyuarat dianjurkan syarikat hartanah Keller Williams berpangkalan di Texas telah dibantah di Englewood, New Jersey.
- Berpuluh-puluh penunjuk perasaan, termasuk Yahudi pro-keamanan berkumpul di luar Sinagog Ahavath Torah di Englewood, memegang bendera Palestin dan membantah penjualan hartanah kepada Yahudi Zionis Amerika di kawasan penempatan haram.
- Dikelilingi pengawasan ketat pasukan polis, penunjuk perasaan berkumpul berhampiran rumah ibadat selama berjam-jam melaungkan slogan seperti āKebebasan untuk Palestin,ā āTamatkan pendudukan Israel,ā dan āPenempatan haram mesti dihentikanā.
- āKamu tidak boleh menjual tanah yang dicuri,ā āIni adalah pencurian tanahā dan āJangan niagakan tanah yang dicuri,ā kata penunjuk perasaan dipetik agensi berita Anadolu, semalam.
Beberapa rumah ibadat Yahudi (Sinagog) di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada mengadakan pertemuan tertutup penjualan hartanah milik rakyat Palestin mencetuskan kemarahan di seluruh AS.
Salah satu mesyuarat dianjurkan syarikat hartanah Keller Williams berpangkalan di Texas telah dibantah di Englewood, New Jersey.
Berpuluh-puluh penunjuk perasaan, termasuk Yahudi pro-keamanan berkumpul di luar Sinagog Ahavath Torah di Englewood, memegang bendera Palestin dan membantah penjualan hartanah kepada Yahudi Zionis Amerika di kawasan penempatan haram.
Dikelilingi pengawasan ketat pasukan polis, penunjuk perasaan berkumpul berhampiran rumah ibadat selama berjam-jam melaungkan slogan seperti āKebebasan untuk Palestin,ā āTamatkan pendudukan Israelā dan āPenempatan haram mesti dihentikanā.
āKamu tidak boleh menjual tanah yang dicuri,ā āIni adalah pencurian tanahā dan āJangan niagakan tanah yang dicuri,ā kata penunjuk perasaan dipetik agensi berita Anadolu, semalam.
Leila Hazou, anak perempuan warga Palestin yang dilahirkan di Baitulmaqdis berkata dia datang dari Milford, Pennsylvania, sejauh dua jam perjalanan, untuk membantah āketidakadilan paling besar zaman kita ini.ā
āIa satu keadaan yang menjijikkan bagi saya bahawa tanah dan hartanah bukan milik mereka dan diduduki secara haram dijual mereka.
āIa menyalahi undang-undang dan salah dari segi moral dalam pelbagai keadaan. Ini tidak sepatutnya berlaku di negara ini atau di mana-mana sahaja.Ā
āItulah sebabnya kami terpaksa berada di sini untuk menolaknya,ā kata Leila. ā The Merdeka Times
