Terkini
Pelantikan Solarvest pasang sistem solar PETRONAS berdasarkan merit, tepati piawaian
Pelantikan Solarvest Energy Sdn Bhd untuk memasang sistem solar di lebih 300 stesen PETRONAS di seluruh negara adalah berdasarkan merit dan menepati piawaian serta teknikal ditetapkan.

- Pelantikan Solarvest Energy Sdn Bhd untuk memasang sistem solar di lebih 300 stesen PETRONAS di seluruh negara adalah berdasarkan merit dan menepati piawaian serta teknikal ditetapkan.
- Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata syarikat bumiputera yang tersenarai dalam Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) juga dinilai dalam membuat keputusan kontrak itu, tetapi gagal memenuhi piawaian ditetapkan.
- “Kami memang prihatin dengan aspirasi sektor Bumiputera untuk lebih terbabit dalam peralihan tenaga. Saya akur bahawa dalam konteks baru-baru ini memang ada satu pakej diberikan kepada Solarvest,” katanya dipetik Berita Harian di sini, baru-baru ini.
- Beliau berkata demikian bagi mengulas kekesalan dinyatakan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) susulan PETRONAS melantik syarikat bukan bumiputera bagi pemasangan sistem solar di 300 stesen minyaknya.
KUALA LUMPUR — Pelantikan Solarvest Energy Sdn Bhd untuk memasang sistem solar di lebih 300 stesen PETRONAS di seluruh negara adalah berdasarkan merit dan menepati piawaian serta teknikal ditetapkan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata syarikat bumiputera yang tersenarai dalam Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) juga dinilai dalam membuat keputusan kontrak itu, tetapi gagal memenuhi piawaian ditetapkan.
“Kami memang prihatin dengan aspirasi sektor Bumiputera untuk lebih terbabit dalam peralihan tenaga. Saya akur bahawa dalam konteks baru-baru ini memang ada satu pakej diberikan kepada Solarvest.
“Namun, bagi pihak Gentari dan PETRONAS Dagangan perlu saya tekankan pemilihan adalah berdasarkan merit. Memang ada piawaian dan teknikal serta perlu memenuhi tempoh masa yang ditetapkan,” katanya dipetik Berita Harian di sini, baru-baru ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kekesalan dinyatakan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) susulan PETRONAS melantik syarikat bukan bumiputera bagi pemasangan sistem solar di 300 stesen minyaknya.
Dewan perniagaan itu pada 12 Mac lalu kecewa apabila difahamkan PETRONAS hanya memanggil tiga syarikat bagi membuat tawaran berkenaan, tanpa mengundang mana-mana syarikat bumiputera untuk turut serta.
Menurut DPMM kos ditetapkan bagi setiap stesen minyak itu adalah kira kira RM1 juta bagi setiap satu projek yang menjadikan nilai keseluruhan projek tersebut sebanyak RM300 juta.
Mengulas mengenai nilai kontrak, Tengku Muhammad Taufik berkata ia sebenarnya jauh lebih kecil daripada jumlah diperkatakan. — The Merdeka Times
