Connect with us

Terkini

Mohd Na’im harap peguam syarie eratkan kesatuan, kukuhkan institusi perundangan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berharap semua peguam syarie dapat mengeratkan kesatuan dan menjaga disiplin diri dalam usaha mengukuhkan institusi perundangan dan kehakiman syariah di negara ini. 

Wartawan TMT

Published

on

Mohd Na’im harap peguam syarie eratkan kesatuan, kukuhkan institusi perundangan
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar juga berharap peguam syarie dan institusi kehakiman syariah bergerak bersama-sama demi keutuhan sistem perundangan serta kehakiman syariah.
  • “Sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan bagi hal ehwal Islam, termasuk perundangan dan kehakiman syariah di negara ini, saya sentiasa terbuka untuk menerima pandangan dan maklum balas membina, khususnya berkaitan pengurusan Mahkamah Syariah,” katanya melalui Instagram beliau, pada Ahad.

KUALA LUMPUR — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berharap semua peguam syarie dapat mengeratkan kesatuan dan menjaga disiplin diri dalam usaha mengukuhkan institusi perundangan dan kehakiman syariah di negara ini. 

Beliau juga berharap peguam syarie dan institusi kehakiman syariah bergerak bersama-sama demi keutuhan sistem perundangan serta kehakiman syariah.

“Sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan bagi hal ehwal Islam, termasuk perundangan dan kehakiman syariah di negara ini, saya sentiasa terbuka untuk menerima pandangan dan maklum balas membina, khususnya berkaitan pengurusan Mahkamah Syariah,” katanya melalui Instagram beliau pada Ahad.

Mohd Na’im turut mengucapkan tahniah kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan Persatuan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan kerana mengambil inisiatif menganjurkan Program Sukan Peguam Syarie, tengah hari semalam.

“Program ini amat penting untuk saling mempertautkan ukhuwah silaturahim sesama kita, selain saling beriadah dengan penuh semangat kesukanan. Terima kasih atas ukhuwah dan silaturahim dalam program ini. Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan,” katanya. – BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Enjin carian dikuasakan AI kemungkinan langgar hak cipta kandungan berita – Media Jepun

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.
  • Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.
  • Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.
  • Persatuan media itu menyatakan kebimbangan tentang “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”, sekali gus boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita”.
  • Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.

Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.

Persatuan itu juga menyatakan kebimbangan mengenai “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”.

Ia boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita,” katanya.

“Enjin carian AI kadangkala mengembalikan respons yang tidak tepat kerana mereka menggunakan semula atau mengubah suai artikel secara tidak wajar,” kata persatuan itu.

Persatuan itu berkata syarikat harus memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan mereka sebelum pelancaran.

Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Kenyataan itu turut menunjukkan “isu ‘carian sifar klik’, di mana pengguna tidak melawat sumber asal (artikel/kandungan)”.

“Kekurangan trafik boleh membawa kepada pengurangan aktiviti pelaporan organisasi berita, yang kemudiannya akan memberi kesan negatif kepada demokrasi dan budaya,” kata persatuan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending