Terkini
Status perkahwinan ahli GISBH ditentukan mahkamah syariah negeri – Menteri Agama
Status perkahwinan ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) akan ditentukan mahkamah syariah negeri terlibat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata hakim mahkamah syariah yang akan menentukan sama ada perkahwinan ahli GISBH itu sah mengikut hukum syarak atau tidak selepas mendengar keterangan lisan atau melihat dokumen dikemukakan.
- Menerusi itu mahkamah akan mengisytiharkan sama ada anak-anak diselamatkan dari 20 rumah amal dikaitkan dengan GISBH baru-baru ini adalah sah taraf.
- Penentuan status anak-anak itu penting kerana apabila ia diisytiharkan sah taraf, maka Jabatan Pendaftaran Negara boleh mengeluarkan sijil lahir untuk mereka.
- “Yang menjadi isu sekarang anak-anak tadi itu seolah-olah macam yang Tan Sri IGP (Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain) sebut seolah-olah (mereka) anak tak sah taraf sebab tiada dokumen yang menunjukkan dia lahir daripada satu perkahwinan yang sah,” katanya menerusi klip video ‘Status perkahwinan ahli GISB ditentukan oleh mahkamah syariah’ yang dimuat naik di Facebook pada Khamis.
KUALA LUMPUR — Status perkahwinan ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) akan ditentukan mahkamah syariah negeri terlibat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Mohd Na’im berkata hakim mahkamah syariah yang akan menentukan sama ada perkahwinan ahli GISBH itu sah mengikut hukum syarak atau tidak selepas mendengar keterangan lisan atau melihat dokumen dikemukakan.
Beliau berkata menerusi itu juga mahkamah akan mengisytiharkan sama ada anak-anak diselamatkan dari 20 rumah amal dikaitkan dengan GISBH baru-baru ini adalah sah taraf.
Katanya, penentuan status anak-anak itu penting kerana apabila ia diisytiharkan sah taraf, maka barulah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh mengeluarkan sijil lahir untuk mereka.
“Yang menjadi isu sekarang anak-anak tadi itu seolah-olah macam yang Tan Sri IGP (Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain) sebut seolah-olah (mereka) anak tak sah taraf sebab tiada dokumen yang menunjukkan dia lahir daripada satu perkahwinan yang sah.
“Mereka ni nanti kita tengok berdasarkan keterangan diberikan kepada mahkamah walaupun dia customary marriage kan tetapi kalau dia sah mengikut hukum syarak dan mahkamah kemudian berpuas hati dengan keterangan diberikan sama ada lisan ataupun dokumen, mahkamah akan buat declaration perkahwinan itu sah.
“Anak-anak itu secara automatik akan dianggap sebagai anak sah taraf dan mahkamah akan perintahkan supaya sijil nikah dikeluarkan bukan sijil kelahiran kerana ia di bawah JPN,” katanya menerusi klip video ‘Status perkahwinan ahli GISB ditentukan oleh mahkamah syariah’ yang dimuat naik di Facebook pada Khamis.
Terdahulu, tular video klip dimuat naik Facebook Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS Malaysia) menunjukkan sesi akad nikah membabitkan pengikut GISBH yang mencetuskan pelbagai reaksi, termasuk ada netizen mempersoalkan sama ada perkahwinan dijalankan itu sah di sisi undang-undang tempatan dan syariat Islam serta apakah status anak dilahirkan hasil daripada perkahwinan terbabit.
Dalam video berdurasi 53 saat itu, lafaz akad yang digunakan berbunyi: “Aku terima nikahnya (nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin 1 pusingan Aurad Muhammadiah”.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Profesor Madya Dr Luqman Abdullah kemudian dilaporkan berkata Aurad Muhammadiah diamalkan jemaah Arqam adalah wirid yang telah diputuskan sesat oleh fatwa suatu ketika dulu.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Selasa dilaporkan sudah mengenal pasti sebahagian ibu bapa daripada 392 kanak-kanak yang diselamatkan dari 20 rumah amal dikaitkan dengan syarikat GISBH.
Razarudin berkata siasatan mendapati, sebahagian kanak-kanak itu di ‘bin’ kan dengan Abdullah disebabkan perkahwinan awal tidak didaftarkan.
Ia susulan pada minggu lalu, JSJ Bukit Aman menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISBH dan menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja, masing-masing 201 lelaki dan 201 perempuan berumur setahun hingga 17 tahun.
Razarudin sebelum ini memaklumkan ujian saringan kesihatan terhadap 392 kanak-kanak diselamatkan itu mendapati mereka mengalami penderaan fizikal dan emosi serta eksploitasi buruh, termasuk dipaksa bekerja menjual barang. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa3 days ago
Turkiye sekat akses Discord