Connect with us

Terkini

Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP

Pernikahan pengikut Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISBH) dengan menggunakan mas kahwin satu pusingan Aurad Muhammadiah adalah wirid Al-Arqam yang difatwakan sesat.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Profesor Madya Dr Luqman Abdullah.
  • Pernikahan pengikut Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISBH) dengan menggunakan mas kahwin satu pusingan Aurad Muhammadiah adalah wirid Al-Arqam yang difatwakan sesat.
  • Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Profesor Madya Dr Luqman Abdullah berkata status pernikahan yang menyebut satu pusingan Aurad Muhammadiah sebagai mas kahwin perlu disahkan jabatan pendaftaran perkahwinan pejabat agama.
  • “Itu sudah ada fatwa di peringkat negeri-negeri dan kebangsaan yang difatwakan sesat,” katanya dipetik Harian Metro pada Rabu.
  • Terdahulu, tular video klip dimuat naik Facebook Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS Malaysia) yang menunjukkan sesi akad nikah membabitkan pengikut GISBH. 
  • Dalam video berdurasi 53 saat itu, lafaz akad yang digunakan berbunyi: “Aku terima nikahnya (nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin 1 pusingan Aurad Muhammadiah”.

KUALA LUMPUR — Pernikahan pengikut Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISBH) dengan menggunakan mas kahwin satu pusingan Aurad Muhammadiah adalah wirid Al-Arqam yang difatwakan sesat.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Profesor Madya Dr Luqman Abdullah berkata  status pernikahan menyebut satu pusingan Aurad Muhammadiah sebagai mas kahwin perlu disahkan jabatan pendaftaran perkahwinan pejabat agama.

Beliau berkata Aurad Muhammadiah adalah wirid diputuskan sesat oleh fatwa yang diamalkan jemaah Arqam suatu ketika dulu.

“Itu sudah ada fatwa di peringkat negeri-negeri dan kebangsaan yang difatwakan sesat,” katanya dipetik Harian Metro pada Rabu.

Terdahulu, tular video klip dimuat naik Facebook Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS Malaysia) yang menunjukkan sesi akad nikah membabitkan pengikut GISBH. 

Dalam video berdurasi 53 saat itu, lafaz akad yang digunakan berbunyi: “Aku terima nikahnya (nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin 1 pusingan Aurad Muhammadiah”.

Ia mencetuskan pelbagai reaksi, termasuk ada netizen mempersoalkan sama ada perkahwinan dijalankan itu sah di sisi undang-undang tempatan dan syariat Islam serta apakah status anak yang dilahirkan hasil daripada perkahwinan terbabit.

Susulan itu, PUKAS menyeru Jabatan Agama Islam Negeri untuk membuat siasatan dan tindakan terhadap status perkahwinan ahli jemaah kumpulan terbabit yang secara bebas dikawal pemimpin mereka, termasuk perceraian.

Mengulas sama ada perkahwinan itu sah, Luqman berkata perkahwinan  mempunyai mas kahwin yang jelas adalah sah.

“Disebut dalam akad itu bukan syarat kerana kalau tidak disebut ia akan pergi kepada mahar misil iaitu apa yang sesuai dan patut diberikan kepada pengantin perempuan.

“Bagaimanapun dalam hal ini, kita kena tengok pengesahan daripada jabatan pendaftaran perkahwinan di jabatan agama Islam dan Mahkamah Syariah,” katanya.

Beliau berkata satu siasatan yang lebih jelas perlu dilakukan berhubung kedudukan anak-anak GISBH yang menggunakan bin dan binti Abdullah.

Katanya, perlu ada pendaftaran di peringkat jabatan agama Islam yang menguruskan perkahwinan.

“Jadi ada dua lapis proses iaitu penentuan nasab oleh jabatan pendaftaran perkahwinan pejabat agama sebelum ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang akan tengok kepada sijil yang dikeluarkan,” katanya.

Sebelum ini,  Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan Op Global dengan menyelamatkan 402 kanak-kanak dari 20 rumah perlindungan yang mempunyai kaitan dengan syarikat terbabit di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

la bagi membantu siasatan kes sebuah syarikat yang didakwa mengeksploitasi kanak-kanak dan agama.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata  sebahagian besar ibu bapa kepada 392 kanak-kanak penghuni rumah amal dikaitkan dengan GISBH yang diselamatkan baru-baru ini, sudah dikenal pasti.

Razarudin berkata bagaimanapun, kesemua individu masih belum tampil untuk diambil keterangan dan pihaknya juga percaya ada ibu bapa tidak mengetahui anak mereka diselamatkan dari rumah amal diserbu.

“Selain itu, ada juga ibu bapa yang tidak mengakui itu anak mereka memandangkan pihak pengurusan GISBH mendakwa mereka adalah anak yatim.

“Siasatan juga mendapati, sebahagian kanak-kanak ini di ‘bin’ kan dengan Abdullah yang mana mereka tidak mengetahui status kanak-kanak berkenaan sama ada anak mereka atau tidak,” katanya dipetik media tempatan dalam sidang media di PULAPOL Kuala Lumpur, di sini pada Selasa. — The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending