Connect with us

Agama

Hakim syarie perlu tegas, berani buat keputusan walau ada pihak pertikai – Sultan Selangor

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
  • “FirmanNYA dalam surah al-Maidah ayat 42, bermaksud: ‘Dan jika engkau menghukum maka hukumlah antara mereka dengan adil kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil’.
  • “Seorang hakim syarie perlu mempunyai sikap tegas dan berani dalam membuat sesuatu penghakiman tanpa merasa takut bahawa sesuatu keputusan yang dibuat akan dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
  • “Walaupun sejak kebelakangan ini, terdapat pihak-pihak yang cuba mempertikai bidang kuasa dan keputusan mahkamah syariah dengan membawa persoalan undang-undang untuk tafsiran mahkamah sivil, namun ia tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk hakim Syarie berasa ‘takut’ atau ‘bimbang’ untuk memberikan penghakiman yang adil,” titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dipetik media tempatan hari ini.

KUALA LUMPUR —  Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua hakim syarie di negara ini supaya berani membuat keputusan atau penghakiman berlandaskan prinsip keadilan menurut Islam, meskipun ada pihak cuba mempertikaikannya.

Baginda bertitah semua hakim syarie perlu menjalankan kuasa kehakiman selaras seruan Allah SWT kepada hakim yang dilantik supaya menjauhi kezaliman dan menegakkan keadilan.

“FirmanNYA dalam surah al-Maidah ayat 42, bermaksud: ‘Dan jika engkau menghukum maka hukumlah antara mereka dengan adil kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil’.

“Seorang hakim syarie perlu mempunyai sikap tegas dan berani dalam membuat sesuatu penghakiman tanpa merasa takut bahawa sesuatu keputusan yang dibuat akan dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

“Walaupun sejak kebelakangan ini, terdapat pihak-pihak yang cuba mempertikai bidang kuasa dan keputusan mahkamah syariah dengan membawa persoalan undang-undang untuk tafsiran mahkamah sivil, namun ia tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk hakim Syarie berasa ‘takut’ atau ‘bimbang’ untuk memberikan penghakiman yang adil,” titah baginda dipetik media tempatan hari ini.

Sultan Sharafuddin bertitah hakim syarie perlu bijak menggunakan kuasa budi bicara kehakimannya bagi memastikan keadilan kepada semua pihak di dalam sesuatu prosiding mahkamah.

Hakim syarie juga dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan perkembangan undang-undang semasa khususnya Perlembagaan Persekutuan yang turut bersangkutan dengan pentadbiran Islam negeri.

“Dalam penghakiman juga, hakim syarie hendaklah memastikan keputusan yang dibuat itu adalah adil dan menunjukkan hikmah kepada semua pihak.

“Hakim syarie perlu memastikan agar tidak berlaku sebarang kelewatan tidak munasabah dalam mengendali dan membuat sesuatu keputusan sehingga boleh menjejaskan hak dan kebajikan mereka yang terbabit di dalam sesuatu prosiding mahkamah.

“Beta ingin berpesan agar hakim syarie sentiasa bersedia dan melengkapkan diri dengan segala kemahiran perundangan dan hukum syarak untuk memperkasakan kehakiman Islam,” titah baginda. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *