Connect with us

Terkini

Larangan pamer rokok: Medical Mythbusters Malaysia bidas persatuan pemilik kedai kopi dakwa perlu tanggung RM620 juta

Medical Mythbusters Malaysia (M3) membidas Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura yang mendakwa penguatkuasaan larangan mempamerkan rokok dan peraturan pembungkusan biasa akan membebankan peruncit susulan perlu menanggung belanja RM620 juta.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Medical Mythbusters Malaysia (M3) membidas Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura yang mendakwa penguatkuasaan larangan mempamerkan rokok dan peraturan pembungkusan biasa akan membebankan peruncit susulan perlu menanggung belanja RM620 juta.
  • “Waduh-waduh… Mereka jual kopi ke jual apa. Satu lagi sejak bila mereka pula yang tanggung kos untuk Plain Packaging & Display Banned tu?
  • “Sejak bila rak display rokok di kaunter pengusaha kedai kopi or mana-mana kedai yang jual rokok yang tanggung? Syarikat rokok yang taja all display racks.
  • “Sejak bila mereka (kedai kopi) tanggung kos packaging? Semua rokok dah siap packaging apabila keluar daripada kilang atau diimport masuk dalam negara.
  • “Auta sungguh persatuan ini. Adakah mereka ini diupah untuk bersuara? Nak bagi satu desakan kepada KERAJAAN MADANI,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
  • M3 berkata demikian ketika mengulas laporan berita bertajuk, ‘Larangan Pamer Rokok Mungkin Telan Belanja RM620 Juta, Kata Pengusaha’ yang diterbitkan sebuah portal tempatan pada Rabu.
  • “KERAJAAN MADANI sepatutnya lebih mengambil pendekatan negara-negara maju dan pembuktian berdasarkan kajian yang terbukti, bukannya mendengar desakan persatuan proksi syarikat rokok yang bagi alasan tak masuk akal,” katanya.

KUALA LUMPUR — Medical Mythbusters Malaysia (M3) membidas Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura yang mendakwa penguatkuasaan larangan mempamerkan rokok dan peraturan pembungkusan biasa akan membebankan peruncit susulan perlu menanggung belanja RM620 juta.

M3 juga menyifatkan persatuan itu sebagai auta dengan membuat dakwaan sedemikian dan mempersoalkan sejak bila peruncit yang perlu menanggung kos untuk ‘Plain Packaging and Display Banned.

“Waduh-waduh… Mereka jual kopi ke jual apa. Satu lagi sejak bila mereka pula yang tanggung kos untuk Plain Packaging & Display Banned tu?

“Sejak bila rak display rokok di kaunter pengusaha kedai kopi or mana-mana kedai yang jual rokok yang tanggung? Syarikat rokok yang taja all display racks.

“Sejak bila mereka (kedai kopi) tanggung kos packaging? Semua rokok dah siap packaging apabila keluar daripada kilang atau diimport masuk dalam negara.

“Auta sungguh persatuan ini. Adakah mereka ini diupah untuk bersuara? Nak bagi satu desakan kepada KERAJAAN MADANI,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

M3 berkata demikian ketika mengulas laporan berita bertajuk, ‘Larangan Pamer Rokok Mungkin Telan Belanja RM620 Juta, Kata Pengusaha’ yang diterbitkan sebuah portal tempatan pada Rabu.

Antara kandungan berita itu adalah Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura dilaporkan sebagai berkata penguatkuasaan larangan mempamerkan rokok dan peraturan pembungkusan biasa boleh membebankan peruncit sehingga RM620 juta, selain tambahan RM277 juta setahun perlu dibelanjakan untuk mematuhi peraturan-peraturan tersebut.

Presiden persatuan itu, Wong Teu Hoon berkata melalui pembungkusan biasa, sukar membezakan di antara produk sah dengan terlarang yang akan menimbulkan cabaran kepada peruncit dan agensi penguatkuasaan untuk memastikan kesahihan produk.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni pada 14 Mac lalu memaklumkan, kerajaan bercadang untuk mewujudkan plan packaging bagi dikuatkuasakan sebagai standard penjualan produk rokok dan vape.

Mengulas lanjut, M3 mempersoalkan sama ada kelak Kerajaan MADANI akan akur kepada desakan persatuan berkenaan yang disifatkan sebagai tidak berasas.

“Ternyata pendekatan Plain Packaging & Display Banned ini terbukti mampu memberi impak positif terhadap penurunan kepada penggunaan rokok dan ini sekaligus beri impak dalam usaha mengurangkan jumlah perokok.

“Dan bukan Malaysia negara pertama pun yang akan implimentasikan arahan larangan ini. 

“KERAJAAN MADANI sepatutnya lebih mengambil pendekatan negara-negara maju dan pembuktian berdasarkan kajian yang terbukti, bukannya mendengar desakan persatuan proksi syarikat rokok yang bagi alasan tak masuk akal.

“Rugi syarikat rokok itu kononnya lebih penting daripada impak kos rawatan yang disebabkan produk rokok yang kerajaan tanggung subsidi rawatan yang berjumlah BILLION ringgit Malaysia setiap tahun,” kata Medical Mythbusters Malaysia.

M3 mengingatkan kerajaan untuk berhenti tunduk kepada pelobi syarikat rokok, sebaliknya membuktikan objektif Kerajaan MADANI sebenar iaitu melindungi kepentingan awam, melindungi kesihatan awam dan melakukan ‘amar makruf nahi mungkar’.

“Undang-undang Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam sudah lulus Parlimen. Bila hendak luluskan Peraturan-peraturan bawah akta ini? Nak tunggu berapa lama lagi untuk Akta ini boleh dikuatkuasakan?

“Segera luluskan peraturan-peraturan kawalan produk merokok,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending